.

.

Pages

ZALIM LAGIKAH KERAJAAN PUSAT?...

Monday, January 30, 2012

Hari ini adalah hari yang bertuah kepada hampir 1,000 orang penduduk Langkawi. MKT yakin ramai rakyat Langkawi mula merasa gatal-gatal tapak tangan dari semalam. Kegatalan tapak tangan itu terjawab apabila pada hari ini pemberian sumbangan wang BR1M (RM500.00) mula diagih-agihkan untuk kali ke dua. Bertempat di SMK Mahsuri, Langkawi para penerima sumbangan BR1M telah berpusu-pusu menunggu giliran dengan sabar. Rezeki jangan ditolak, ye tak?

Apa lagi yang rakyat mahukan? Negara yang kaya seperti Amerika Syarikat pun belum tentu berupaya memberi sumbangan kewangan kepada rakyatnya. Singapura?...Jauh panggang dari api ler. Sepatutnya rakyat bersyukur kepada Illahi dan berterima kasih kepada Kerajaan kerana dapat merasai dan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat.

Dalam pada masa yang sama juga, Kerajaan menawarkan satu Skim Saraan Rakyat Malaysia (SARA 1 Malaysia) untuk membantu menambahkan pendapatan rakyatnya pada setiap bulan. Dengan pelaburan sebanyak RM5,000.00 maka setiap rakyat yang melabur akan mendapat pulangan sebanyak RM134.00 sebulan. Memang satu jumlah yang sikit tetapi ianya satu jumlah yang besar kepada rakyat yang daif. Jika dihimpunkan selama setahun, ianya menjadi sebanyak RM1,608.00. Lebih banyak dari RM500.00 ini dengan kadar 3 kali ganda.

Sememangnya RM5,000.00 itu telalu besar bagi yang kurang kemampuan. Tetapi jumlah tersebut boleh diperolehi dengan cara pinjaman dan dibayar melalui potongan ansuran. Paling kurangpun, RM50.00 wajib ada didalam tangan. Dengan jumlah itupun, jika dihimpunkan selama setahun pun masih melebihi RM500.00 yang ditawarkan dari Skim BR1M ini.


P/S dari MKT : Rakyat Malaysia jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mengatakan UMNO/BN ini adalah Kerajaan zalim. Jika zalim, mustahil kita dapat menikmati kehidupan yang selesa di negara ini.

P/S dari MKT II :  Kepada juak-juak Pakatan Rakyat, tanyalah keada pemimpin korang, mampukah mereka mengadakan seperti Skim SARA 1 M'sia ini? jangan sekadar berjanji dan cakap kosong sahaja. Rakyat hendak tengok setiap perancangan menjadi bukannya sekadar dok bohong sahaja.

P/S dari MKT III : Thanks kepada Penerangan kerana shared pics...






0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.