.

.

Pages

KEMANAKAH WANG CUKAI ITU?....

Monday, January 30, 2012


- Setiap pekerja yang layak dikenakan cukai, akan dicukaikan.
- Setiap penunggang @ pemandu dikenakan lesen RM30 setahun.
- Setiap kenderaan diwajibkan insuran, sebahagiannya kerajaan sedut sebagai cukai.
- Setiap liter minyak yang digunakan, kerajaan tetap ‘sapu’ cukai walaupun ada subsidi.
- Setiap tanah akan dikenakan cukai. Setiap rumah dikenakan cukai.
- Setiap borang berkaitan dengan setem hasil tetap dikenakan cukai.
- Setiap ketul ayam yang dibeli di KFC dikenakan cukai perkhidmatan dan kerajaan 5 peratus.
- Setiap hidangan pizza yang dimakan akan dikenakan cukai kerajaan dan perkhidmatan.
- Setiap kotak rokok yang dihisap, tentunya akan dikenakan cukai.
- Setiap barang keperluan dan apa-apa barang yang dibeli secara tak langsung harganya termasuk cukai yang dikenakan.
- Setiap tiket wayang RM10, cukai kerajaan tertulis RM2.
- Setiap sektor, setiap bahagian sudah tentu ada cukai masing-masing.

Ini adalah salah satu posting juak-juak Pakatan Rakyat yang paling bangang. Sebenarnya tiada negara di dunia ini tidak mengenakan cukai kepada rakyatnya. Hanya manusia yang jumud tidak tahu mengapa cukai amat diperlukan oleh setiap Kerajaan di dunia ini.
Antara kegunaan cukai :
- Untuk membayar gaji kakitangan Kerajaan
- Untuk pembangunan di kampung, di daerah, di negeri dan di negara.
- Untuk bantuan subsidi kepada rakyat.
- Untuk menyelenggara bangunan-bangunan atau harta-harta Kerajaan
- Untuk pelaburan Kerajaan jangka panjang
Dan banyak lagi kegunaan cukai untuk kebaikkan rakyat. 
Tetapi malangnya ada juga rakyat seperti diatas yang masih mempertikaikan relevan atau tidak cukai ini. Tapi yang lagi menghairankan, kutipan cukai-cukai di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, tidak pula diungkit...hehehehe...

P/S dari MKT : Dasar juak-juak yang tidak sedar diri. Jika tak mahu cukai dikutip, dipersilakan keluar dari Malaysia dan cari ler seluruh global...kot-kot ada yang sudi terima kamu itu...hehehe

2 ulasan:

Anonymous said...

allah cipta manusia dgn otaknya berada di tempat paling tinggi dlm anatomi tubuh.

fikir sedetik untuk seribu tahun survival


faizu

Unknown said...

Itulah cara BN selama ni yg dibafikan oleh juak2 PR. Bukannya dengan menggadaikan segalanya utk kesenangan sekarang tetapi selepas 10 tahun sudah jatuh tahap miskin, buat apa?

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.