.

.

Pages

MENTERI BESAR DAH BAGUS TAPI EXCO-EXCONYA....

Saturday, January 28, 2012


Menteri Besar Kedah iaitu Ustaz Azizan sebenarnya begitu bersungguh-sungguh mempertahankan dan membangunkan negeri Kedah. Satu tabik hormat MKT berikan kepada Menteri Besar Kedah ini. Segala pembangunan di Kedah selepas PRU ke-12 adalah usaha beliau sendiri.

Beliau mempunyai barisan exco yang dilihat mantap untuk membantunya menerajui pentadbiran Negeri Kedah. Beliau juga memegang sebanyak 8 portfolio exco. Persoalan yang timbul adalah exco-exco pilihannya untuk membantu beliau diberikan paling banyak pun 5 portfolio exco negeri. Tidak percayakah beliau kepada barisan exco-exconya? 

MKT masih ingat lagi iaitu semasa Persidangan ADUN yang pertama selepas PRU, beliau hanya memegang hanya 6 jenis portfolio tetapi selepas itu dari 6 menjadi 8. Tamak ke Ustaz Azizan ni?

Bukan...hal sebenarnya adalah kerana barisan exco-exco Negeri Kedah sekarang bukannya tahu buat kerja. Sebab itu apa-apa hal atau isu yang berkaitan portfolio exconya, Ustaz Azizan yang akan tampung segala kelemahan. Maksudnya exco-exco PAS Kedah tidak buat keja yang diamanahkan. Yang mereka tahu adalah pergi main golf walhal dahulu semasa sebelum menjadi Kerajaan, kayu golf pun tidak pernah tengok. Tak pun pergi berfoya-foya di luar negeri dan ada pulak MKT dengar yang tambah bini pun ada....hehehehe

Seperti kejadian yang berlaku semasa banjir besar di Kedah tatlama dahulu. Dimanakah barisan exco-exconya semasa Mneteri Besar Kedah ini hendak mengadakan mesyuarat? Selepas tiga hari baru nampak batang hidung mereka. Inikah kerja yang menurut Islam?

Dalam pada masa itupun ada juga exco-exco ini ibarat kacang lupakan kulit apabila dengar sahaja Ustaz Azizan masuk IJN ( Institut Jantung Negara ) sudahpun merancang siapaah bakal MB yang baru. Walhal beliau masih lagi hidup dan bernyawa. Nilaikan sendiri barisan exco-exco ini. Mentadbir negeri Kedah pun sudah gagal, bagaimana pula keadaannya apabila Pakatan Rakyat memerintah Malaysia?

P/S dari MKT : MKT cabar pihak media atau blogger atau juak-juak Pakatan Rakyat untuk beri bukti apakah bentuk kerja-kerja exco Kerajaan Negeri Kedah dari awal pemerintahan hingga sekarang dan mereka ini buat kerja ataupun tidak? Senaraikan dengan jelas kerana rakyat negeri Kedah hendak mengetahuinya.

4 ulasan:

Anonymous said...

exco2 kedah ni mcm adik beradik 3 abdul yg si abang2 tu ... pak dia belum mati, tapi pakat nak bahagi harta dah ....

Anonymous said...

Yang nampak setakat ni, yang mana kerajaan PAS buat ialah Pusat pengumpulan buah-buahan Lembah Jerai di Sungai Petani.Tu pun bungkuih........

Anonymous said...

Pusat pengumpulan....macam kartun...bila dah tak jalan...la ni depa mungkin jadikan tempat ceramah pulak kot...

Anonymous said...

Ada lagi bro...dan masih berjalan. Iaitu papan iklan wajah2 Uztaz Azizan yang byk terpampang di tepi2 simpang jalanraya...hehehehe...Gila glamor kot?

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.