.

.

Pages

BAGUS TAPI RIAK AMALANNYA...

Saturday, January 28, 2012

Al-kisah ada calon ADUN PAS di Langkawi yang cukup dihormati tetapi sayangnya keegoannya dalam kehidupan harian beliau amat mendukacitakan. 

Baru ini ada kematian berlaku di dalam Kampung Bukit Temin. Sebagai seorang yang bakal calon ADUN Langkawi maka wajiblah beliau menghadirkan diri. Samada memancing undi ataupun sekadar menziarah, MKT tidak tahulah. Tetapi yang menjadi persoalannya, didalam kebaikan beliau terselit satu motif politik iaitu menunjuk-nunjuk pemberian beliau sebanyak RM500.00 kepada keluarga arwah. 

Cara pemberian yang dipersoalkan adalah beliau dengan suara yang agak kuat mengira-gira jumlah kepingan duit di depan masyarakat yang hadir untuk menziarahi arwah. Sewaktu pemberian itu masyarakat kampung sedang menunggu untuk membawa mayat arwah ke masjid untuk disembahyangkan.

MKT rasa sepanjang hidup MKT, tidak pernah pulak ternampak atau terdengar YB ADUN atau Parlimen BN/UMNO membuat sedemikian semasa menziarahi mana-mana keluarga si mati. Yang selalu MKT lihat YB BN/UMNO selalunya memberi sampul dimana duit sekian-sekian sudah ada didalamnya. Tidak perlu dihebah-hebahkan sebanyak mana jumlah pemberian sumbangan. Bila buat sebegitu, namanya sudah jatuh hukum riak dan menunjuk-nunjuk. Jika calon PKR yang buat sedemikian, MKT tidaklah hairan tetapi apabila calon ADUN PAS yang lakukan sedemikian, jatuh maruah Islam sejagat. Kerana PAS membawa perjuangan Islam (kononnya) tetapi riak didalam beribadat....
sumber dari penduduk setempat
Tapi beliau tidaklah buat seperti gambar ini




P/S dari MKT : Tidak sesuai rasanya seorang yang memperjuangkan Islam buat sedemikian. Sedangkan parti UMNO/BN dari dulu hingga sekarang beri sumbangan kepada rakyatnya yang meninggal dunia. Itu yang meninggal dunia pun dibantu apa lagi yang sedang hidup di negara ini?


0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.