.

.

Pages

BEZA ANTARA DUA KERAJAAN NEGERI..

Saturday, January 28, 2012


Aduh...juak-juak Pakatan Rakyat mempertikaikan pula kelebihan Kerajaan PAS Kedah dengan Barisan Nasional yang dahulu. Dangkal punya hujah pada penelitian MKT. 

1) Memberi bantuan skim kafalah RM500 untuk setiap keluarga simati yang layak. - Kerajaan dahulu sudah lakukan dari zaman merdeka hingga sekarang. Cuma tidak perlu dihebah-hebahkan kerana dikhuatir jatuh hukum RIAK. Hanya ornag-orang yang buta hati sahaja yang masih tidak nampak kebaikan ini.

2) Wujud Tabung Tunku Mahmud - Baru wujud Tabung sedangkan Kerajaan Pusat sudah tubuhkan Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak dari dahulu lagi.

3) Menaikkan kadar minimum bantuan kebajikan - Hehehe..bukankah Perdana Menteri sudah umumkan didalam Bajet yang lalu? Copy paste ker?

4) Membina kampus induk KUIN fasa pertama - Hehehe...bukankah itu sebenarnya projek BN sebelum 2008? Kerajaan Negeri cuma sambungkan sahaja projek BN yang tergendala. Selepas itu mendabik dada mengatakan itu jasa mereka. Hampehh....( Tak bayar hutang pulak tu )

5) Peruntukkan sekolah agama dan pondok - Ini lagi satu alasan dangkal. Dari zaman Tun mahathir lagi Kerajaan Persekutuan sudah membantu institusi ini. Duit yang Kerajaan Negeri salurkan sebenarnya adalah dari duit Kerajaan Persekutuan untuk tujuan itu. Jadi, henti-hentikanlah sandiwara ini..

6) Sumbangan untuk pelajar baru IPTA - Kerajaan Pusat sebenarnya cukup menghargai para-para graduan dan dari dahulu juga sumbangan ini telah berjalan. Minta ja, dapatlah bantuan. Tidak kira kaya atau miskin. Mengapa PAS hendak ambil jasa orang lain dan dibuat sebagai jasanya?

PAS Kedah tidak ubah seperti Lembu punya susu tapi BABI yang mendapat nama.

P/S dari MKT : Jangan dok ngarut la PAS Kedah. Bagilah satu bukti yang mengatakan ianya adalah hasil kerja tulen dari pemikiran PAS. Bukannya skadar copy paste hasil keja orang lain yang lebih berkaliber.

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.