Cerita terbaru...Tuan Guru Hji Hadi Awang menyatakan hasrat untuk tidak akan bertanding.. Nampak gayanya parasit-parasit dalam PAS sudah mula menghidu-hidu peluang untuk mengantikan tempat itu. Betullah seperti kenyataan Hassan Ali baru-baru ini.
Nik Aziz Nik Mat pula rasanya ada kedengaran hendak dicalonkan lagi. Tetapi malu hendak melafazkannya. Sudah-sudahlah Nik Aziz, kamu tu lagi tua dari Hadi Awang. Hadi Awang pun ada jugak niat tidak mahu bertanding. Apakah Nik Aziz masih tidak sedar yang tubuhnya sudah mula berbau dengan bau-an tanah?
Ataupun PAS sudah ketandusan calon-calon 'bersih' seperti Nik Aziz? Maksudnya dalam banyak-banyak calon PAS semuanya jenis tidak boleh pakai...hehehehe...maksud mudahnya jenis HAPRAK.
Setakat Ustaz Azizan yang gah sebagai Menteri Besar PAS Kedah pun ada jugak kaki-kaki exco haprak ni hendak rampas kuasa. Inikan pula jawatan Mursyidul Am PAS. Ingat para-para parasit PAS ni hendak tengok je ker hidangan di depan mata?
Parti Islam Semalaysia ini akan pupus tidak lama lagi dan disimpam dalam lipatan sejarah. Kerana apa? Kerana para-para ulamak yang dahulunya mengetuai parti, habis dilumatkan oleh parasit-parasit Anwarinas. Jadi akan bertukar nama asal parti ke Parti Anwarinas Semalaysia....
P/S dari MKT : Perlukah kita hendak menyokong parti yang berani membuang para-para ulamak tulen? Setakat yang tulen pun ditendangnya, apa lagi yang palsu?...Mesti diterima punya...hehehehe
2 ulasan:
MasyaAllah..sampai ke tahap ini??? Allah sj yg mengetahui niat saudara yg sebenar..sbg anak jati kedah, mmg sy berasakan kelainan sdkt..ms dlm tadbiran BN, mmglah duit berlambak,itupun duit dr KERAJAAN PUSAT,bkn dijana oleh negeri sgt pn..x adil kalu nk bandingkn..duit cukai rakyat seluruh Malaysia dia yg pegang+duit lebhraya+ dan mcm2..mmg sgt2 byk..(ms BN prntah,bru jd exco satu penggal pn renovate rumah berjuta2 kosnya)...mmg rakyat dpt duit,tp mslahnya encik2 exco ni pn dpt sama..maksudnya sama naik..xyah siasat, benda ni dpn mata kita pn boleh nampak..sama2 la kita hentikan cacian dan makian pd sesiapa sj (lebih2 lg kpd ulamak)..Pas baru perintah satu penggal, jgn kita judge berat sgt..BN blhlah da lama sgt dah pimpin..
Niat MKT yang sebenar adalah utk memberitahu kpd rakyat beapa pembohongnya PAS, PKR dan DAP ini. Mmg BN dh lama memerintah tp itupun ada juga juak2 PR dok kata mcm2. Spt yg kau tulis diatas, BN dh lama memimpin jd x heranlah mrk ni kaya raya. PAS pula baru sepenggal tp kekayaan mrk hmpr sama dgn kekayaan yg 50 tahun lebih BN memerintah. Jd, salah ker segala cercaan sy kepada ulamak palsu ni?..Jk benar beliau seorg ulamak, maka x akan keluar fatwa mengkafirkan sesama sedara Islamnya. Hakikat yg pasti, beliau sendiri pn x taw samada dia akn ke syurga ataw pun ke neraka. Inilah dinamakan politik sempit..
Post a Comment