Merujuk kepada perpindahan bekas ADUN Angkat Langkawi ke Parlimen Sg. Petani rupanya ada cerita di sebaliknya. MKT telah risik punya risik rupa-rupanya Pak Wan Salleh ni sebenarnya sudah merajuk dengan seseorang. Oleh yang demikian, beliau membawa hatinya ke tanah besar. Mujurlah ihsan dari bosnya iaitu Anwar Ibrahim Gays dapat juga membantunya untuk memulakan kembali karier politiknya.
Baguslah kalau begitu. Yang tidak bagusnya adalah mengenai punca mengapa Pak Wan tega meninggalkan para penyokongnya di Langkawi.
Dari sumber risikan MKT, Pak Wan berasa kecewa dengan pergolakkan dalaman PKR. Ditambah pula dengan perebutan kerusi antara calon PAS dan PKR baru-baru ini. Sumber itu juga berkata dengan kemasukkan orang baru maka mengakibatkan budaya cantas mencantas telah mula tumbuh di dalam PKR Langkawi. Orang PKR yang telah lama mula dipulaukan oleh orang yang baru. Samada benar atau tidak, MKT tidak dapat megesahkannya kerana ianya adalah rahsia sulit politik. hatta ahli-ahlinya pun tidak tahu akan masalah ini.
Perebutan kerusi pun menjadi salah satu punca mengapa Pak Wan membawa diri. Sebenarnya Pak Wan pun sudah bersetuju dengan calon yang lama. Tetapi ada khabar-khabar dari PKR Pusat yang berkeras hendak meletakkan calon yang baru ini menggantikan calon PAS yang lama itu. Atas sebab apa, Pak Wan pun tidak tahu mengapa PKR Pusat beria-ia hendak meletakkan calon tersebut. Mungkin calon baru ini kuat juga membodek seperti Pak Wan maka senanglah dilayan permintaannya itu.
Lingkuplah Pakatan Rakyat cawangan Langkawi nanti jika begini gayanya. Masihkah rakyat Langkawi hendak memberi sokongan kepada mereka? Sebuah Pakatan iaitu Pakatan yang caca-marba....
Kami peduli apa...Lantaklah....
P/S dari MKT : Hal kerusi pun sudah bergaduh, apa lagi pula hal-hal yang lain. Fikirlah sendiri...
1 ulasan:
dia ni pun jenis dok jadi wau jugak, sat terbang sana, sat terbang sini, sat jerlun, sat langkawi, sat sungai petani, lama-lama mereben lagu tu laa.. tak pa, dia ada tinggal waris calon baru, pandai cakap, maklumlah bekas tukang cakap radio ngan rumah kenuri... buat pi la apa pun asal bahagia... hidup LADA!!!...
Post a Comment