Assalamualaikum...
MKT hendak membawa para pembaca ke satu konflik yang melanda parti PAS kebelakangan ini. Sepatutnya permasalahan ini sudah diputuskan oleh Musyawarah Tatatertib PAS dan digunakan Fasal 82 untuk mendakwa Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Atas kesalahan melawan arus keputusan PAS Pusat mengenai isu Akta Universiti Kolej Univesiti (AUKU).
Menteri Besar Kedah ini menyokong AUKU ini dijalankan di Kolej Universti Insaniah (KUIN) dimana mendakwa beliau juga adalah salah seorang pelajar yang dididik di bawah akta berkenaan. Tetapi berlainan pula dengan tarian Pakatan Rakyat khususnya PAS yang memaksa agar AUKU di mansuhkan. Bukankah ini bermakna Ustaz Azizan telah melanggar sebanyak dua (2) Artikel Perlembagaan PAS di bawah Fasal 82 iaitu :
(c) Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah Parti. dan
(g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti.
Bagaimana pula dengan halnya Dr Hassan Ali yang hanya melakukan satu sahaja kesalahan di bawah Artikel Perlembagaan PAS di bawah Fasal 82 (g) dipecat serta merta? Sepatutnya Ustaz Azizan juga wajib dipecat serta merta memandangkan beliau telah melanggar sebanyak dua (2) kesalahan Tatatertib.
MKT dapat merumuskan satu perkara yang mudah untuk menyelesaikan kemelut ini. Sebenarnya PAS Pusat berasa berat untuk memecat Ustaz Azizan adalah kerana jika perkara itu berlaku PAS akan kehilangan tiga (3) demi hendak membuang satu.
1) PAS akan kehilangan seorang Menteri Besar Negeri. Secara langsung dan tidak langsungnya kebanyakkan rahsia-rahsia exco Pakatan Rakyat Kedah banyak di dalam tangannya. Ini akan memburukkan imej PAS selama ini yang kononnya Islamik.
2) PAS akan kehilangan penyokong. Ustaz Azizan boleh dikatakan sebagai Raja di daerah Yan, Kedah. Jika Rajanya tumbang disebabkan kebodohan Maharaja (PAS Pusat), kemungkinan besar rakyat Raja itu akan bangun memberontak. Secara tidak langsungnya juga, PAS akan kehilangan kubu kuatnya di Kedah.
3) PAS akan jatuh maruahnya didalam Pakatan Rakyat. Selama ini, juak-juak PAS begitu bangga dengan gabungan antara PAS, PKR dan DAP. Dengan gahnya mengatakan PAS akan mengetuai Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya. Dengan pemecatan Ustaz Azizan, maruah PAS akan tercalar teruk kerana kehilangan seorang pemimpin yang berkaliber. Ini akan menjatuhkan reputasinya sebagai parti melayu yang terbesar di dalam Pakatan Rakyat.
Secara mudahnya, PAS mengamalkan double standard setelah menyedari kelebihan dan kerugian yang timbul akibat memecat Ustaz Azizan. Tetapi berlainan keadaannya dengan Dr. Hassan Ali kerana beliau tidaklah sehebat Ustaz Azizan.
P/S dari MKT : Ugutan Ustaz Azizan untuk memecatnya adalah satu lakonan yang hebat, kerana beliau tahu PAS Pusat kecut teloq dengan Harimau Tua dari Kedah ini..hehehehe....
0 ulasan:
Post a Comment