Pada PRU ke 13 ni Sungai Petani akan ada calon kawasan Parlimen yang baru. Diimport dari seberang laut iaitu Pulau Langkawi. Seorang ahli tertinggi PKR Kedah yang Anwar Ibrahim cukup percaya kepadanya hinggakan mengalahkan kepercayaan Anwar kepada Johari Abdul iaitu Datuk Wan Salleh bekas ADUN Angkat Langkawi.
Patutlah digunakan alasan ini klik sini untuk hendak melindungi nafsu politiknya yang semakin hari semakin membesar. Jika Pakatan Rakyat memenangi PRU ke-13 maka janji yang diterima adalah beliau akan dilantik menjad Menteri Penuh. Mungkin Menteri Pengangkuan kot...sebab terkenang janjinya semasa PRU ke 12 pasal hendak turunkan harga feri di Langkawi.
Johari Abdul pula setelah dilihat gagal dalam membela Anwar semasa isu Datuk Trio T, maka akan digugurkan untuk memberikan laluan kepada calon kesayangan Anwar ini. Mengikut sumber-sumber dari penyokong PKR sendiri, Johari jarang ada di dalam kawasannya. Hinggakan para-para penyokong cukup payah hendak berjumpa dengan beliau. Mungkin Johari Abdul ini dianggap liabiliti baru oleh PKR Pusat. Jadi sebelum teruk, baik singkirkannya.
Tahniah kepada PKR kerana meletak calon Wan Salleh, hehehehehe... mudah lah Team Media Kedah nak buat kerja lepas ni. Opss terlupa pulak, dengar kata DAP pun ada hati juga hendak letak calon di Parlimen Sungai Petani ni. Lantaklah korang lah...
Kami peduli apa!!..
P/S dari MKT : Patutlah si Pak Wan Salleh ni jarang ada di Langkawi. Rupa-rupanya memasang angan-angan besar di sebelah darat nun. Rumah sewa kat Langkawi sudah bayar ke belum?...hehehehe...sekadar bertanya sahaja...
0 ulasan:
Post a Comment