.

.

Pages

ANGAN YANG TIDAK SUDAH PAS KEDAH...

Friday, January 20, 2012

Kolej Universiti Insaniah salah satu projek kebanggaan Pas Kedah. Walaupun asalnya projek ni dimulakan oleh kerajaan BN Kedah yang dahulu. Namun kerja menaik tarafkan kolej ini adalah kerja kerajaan Kedah yang ditadbir oleh Pas.
Sekolah Tahfiz Sains dimana kos yang melibatkan bajet sebanyak 20juta yang bakal di tubuhkan di Pulau Tuba dilihat sebagai pemangkin untuk pendedahan agama dan hafazan untuk pelajar -pelajar Islam.klik sini 

Pendedahan di dalam media, buah mulut masyarakat tentang idea ini sungguh hebat.MKT sememangnya memuji idea untuk menubuhkan Sekolah Tahfiz Sains tersebut tetapi MKT khuatir ini adalah salah satu umpan PAS Kedah yang dilihat semakin hari semakin nazak untuk bertapak semula di Kedah. 

MENGAPA?

Sebelum ini Kolej Universiti Insaniah telah didapati berhutang sebanyak RM62 juta klik sini. Sehingga sekarang pun hutang itu belum dilunaskan lagi dan semakin meningkat. Jadi persoalannya, mengapa perlu ditambah hutang Kerajaan Negeri? Dimanakah duit hasil balak yang dicanang lebih banyak dari zaman pemerintahan BN dahulu?

Nilai defisit budget Kerajaan Negeri Kedah berakhir tahun 2010 adalah sekitar RM20,000,000.00.

Persoalannya, di manakah Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan PAS nak korek RM62,000,000.00 ini bagi menyiapkan KUIN ditambah pula dengan bebanan hutang baru iaitu RM20,000,000 untuk projek Sekolah Tahfiz Sains?

Dengan defisit RM20,000,000.00 ditambah pula kos penyelenggaraan KUIN RM62,000,000.00 dan RM20,000,000 untuk Sekolah Tahfiz Sains maka Kerajaan Negeri Kedah terpaksa menanggung hutang ini saja sudah meningkat sebanyak RM102,000,000.00.




P/S dari MKT :  Bayar baru RM10,000,000 tapi tambah hutang lagi RM102,000,000 ... hehehe...hebat! Memang Kedah akan Sejahtera...hehehehe...rujuk komen MKT di sini

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.