.

.

Pages

SALAH KERAJAAN LAGI KER?....

Tuesday, January 17, 2012

 Isu yang MKT hendak bangkitkan disini adalah sikap "serkap jarang" para-para penyokong pro -pembangkang. Mereka ini sebenarnya tidak tahu menahu secara jelas sesuatu isu tetapi demi hendak menunjukkan mereka itu adalah terbijak antara terbijak, maka dengan muka tidak malunya sanggup menuduh tanpa satu dan menyiasat terlebih dahulu. Bila sudah terbukti serkap mereka salah, mencicit mereka melarikan diri. Dasar-dasar Munafik...

Isu generator Pulau Tuba, Langkawi yang sering dicanang oleh juak-juak pembangkang, sebenarnya isu yang mereka tidak faham tetapi buat-buat faham. Hakikat sebenarnya bukannya pihak berkenaan tidak mahu membuat kabel bawah tanah yang akan menelan belanja sebanyak RM60 juta tetapi bila memikirkan kesan jangka panjang maka ditangguhkan dulu projek tersebut. KLIK SINI..

Generator tersebut mampu memberikan tenaga elektrik kepada seluruh penduduk Pulau Tuba selama 24 jam/hari. Tidak ada masalah yang timbul dari generator tersebut dan TNB pun ada meletakkan kakitangannya di Rumah Janakuasa TNB untuk memastikan tiada apa-apa masalah yang timbul. Tarif elektrik pun sama dengan kegunaan kabel di Pulau Langkawi. Cuma masalah pencemaran bunyi bising yang timbul sahaja. Takkan itupun hendak menyalahkan Kerajaan walhal generator tersebut milik TNB?

Tetapi apa pulak dakyah pihak pembangkang yang ditaburkan kepada penduduk Pulau Tuba? RM250 juta boleh diberikan kepada NFC dan ghaib, takkan RM20 juta tak boleh disumbang kepada Pulau Tuba? Dengan alasan untuk rakyat. Hehehe...

Bagi MKT, isu NFC Kerajaan beri pinjaman/geran untuk pembangunan projek lembu tetapi isu Pulau Tuba ini merujuk kepada peruntukkan dari TNB, bukannya Kerajaan yang beri peruntukkan. Jika semasa era Lembaga Letrik Negara (LLN), memang tepatlah tuduhan pembangkang itu. Tetapi sekarang ianya SWASTA DAN BUKAN TANGGUNGAN KERAJAAN lagi.

MKT mengesyorkan agar pihak-pihak pembangkang usah lagi menabur dakyah samada melalui cakap dengar, media pro pembangkang ataupun laman sosial Facebook lagi berkenaan isu ini. Jika tidak berpuas hati, tujulah ditempat yang sebetulnya. Bukannya menjaja cerita-cerita palsu dan keliru.

P/S dari MKT : Dengar cerita MB Kedah, Ostad Jijan hendak buka Sekolah Tahfiz Sains di Pulau Tuba. Sudah pergi melawat tapak pun. Bajet peruntukkan pun dengarnya sudah diluluskan tapi...manakah rangka atau tiang sekolah tersebut? Hehehehehe........ini yang sepatutnya penyokong-penyokong pembangkang heboh-hebohkan dan salahkan Kerajaan Negeri...hehehehe... KLIK SINI..

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.