.

.

Pages

PELIK TAPI BENAR...

Thursday, January 19, 2012

UNTUK mencipta peranti yang menerima najis manusia, pereka selalunya berfikir bahawa nilai estetika tidak menjadi keutamaan. Berbeza dengan Jepun, negara itu telah mencipta tandas yang disemat dengan berlian yang bernilai lebih $ 100,000.
Ia terdiri daripada lebih daripada 72,000 kepingan berlian Swarovski yang dipotong, dimana ia telah dibuat oleh INAX dengan kerjasama tukang emas dari Austria.
Ia sedang dipamerkan untuk tontonan pengunjung di bilik pameran dipusat membeli-belah Ginza. Kazuo Sumimiya, pengarah bilik pameran menyatakan harganya adalah 10 juta yen, tetapi selagi ia belum dijual, ia akan dipamerkan sehingga akhir tahun ini.



Hehehe...macam-macam idea manusia ciptaan Tuhan ini. Semuanya menjurus ke arah kemewahan. Hendak buang najis pun kena tunjuk juga ciri-ciri kemewahan. Inilah yang tidak digalakkan di dalam Islam. Dikhuatiri akan menimbulkan riak pula nanti. Walaupun individu itu mampu memilikinya tetapi bukankah lebih elok wang tersebut disalurkan kepada mereka yang memerlukannya?

P/S dari MKT : Errr....MKT risaulah. Silap-silap juak-juak Pakatan akan memfitnah Rosmah beli pulak nanti. Lagipun itu sememangnya lumrah juak-juak Pakatan Rakyat.





0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.