HUDUD...Menjelma lagi dalam tahun ini. Tahun dimana diwar-warkan Pilihanraya Umum Malaysia. Seperti yang sedia maklum, PAS akan berkumandang lagi irama hudud seperti yang masa lalu. Dengan alasan demi alasan. Antaranya :
1) Ianya hukum Allah maka wajib dibuat.
Jika ianya hukum Allah mengapa itu sahaja yang menjadi keutamaan? Apakah hukum2 Allah yang lain tidak penting? Seperti perpaduan, pembangunan Islam dan lain-lain. Sebelum Rasullah menegakkan hukum Hudud, baginda menegakkan Islam secara keseluruhannya terlebih dahulu. Jelas sekali, pelaksanaan hukum Hudud ini adalah rangka terakhir didalam menyempurnakan Islam. Kita ambil lagi contoh, berpoligami sememang mengikut sunnah Nabi tetapi adakah dengan bermonogami kita dichap sebagai mengengkari sunnah? Tidak....Seperti yang dikatakan dalam pepatah ' Sunnah itu ja yang nak ikut tapi sunnah lain ditinggalkan'. Tidak gugur pun kalimah syahadah. Jadi janganlah terlalu JUMUD dalam hal-hal begini.
2) Kerajaan BN melarang pelaksanaan Hukum Hudud.
Itu sebenarnya adalah fitnah yang paling dahsyat. Kerajaan BN/Pusat tidak pernah menghalang pelaksanaan hukum tersebut. Ini sebenarnya adalah dakyah pemimpin PAS yang dilihat untuk memesongkan fakta sebenarnya. Merujuk kepada surat Tun Mahathir Mohammad kepada Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan bertarikh 08hb Jun 1994 "Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini
adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan
Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada
kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal
oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak
menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak
mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan
kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh
Rasulullah SAW. dan para sahabat."
Ini sebenarnya cabaran dari Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum tersebut di Kelantan. Tunjukkan hasil keberkesanan hukum tersebut di negeri Kelantan. Jika terbukti berkesan maka saya yakin seluruh negeri dari Perlis hingga ke Sabah akan menyokong pelaksanaan hukum Hudud.
Soalannya, sudah laksana ke belum? Mengapa harus menunggu kata putus dari Kerajaan Pusat? Walhal hal ehwal agama Islam adalah tertakluk di negeri masing-masing. Mengikut Perlembagaan Malaysia dibawah Perkara 3 (2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
SEBENARNYA AGENDA HUDUD INI ADALAH AGENDA SEMPIT PARTI PAS
UNTUK MENAGIH UNDI
BUKANNYA SEMATA-MATA MENGHARAP KEREDHAAN TUHAN
SEDARLAH WAHAI UMMAT MALAYSIA
TIADA JALAN MUDAH UNTUK KE SYURGA
TIDAK DIJAMIN SYURGA JIKA SESEORANG ITU MENYOKONG PAS
YANG MENJAMIN SESEORANG ITU KE SYURGA ADALAH IMAN DAN RAHMATNYA
SAHAJA
No comments:
Post a Comment