SURAT KHAS UNTUK BOB LOKMAN
Daripada Anas r.a berkata : "Bersabda Rasulullah s.a.w. Akan ada di akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ulama' yang fasik". H.R : Ibnu A'di
Keterangan :-
Nabi s.a.w. menerangkan bahawa di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula ulama' yang fasik. Sebenarnya syaitan telah berusaha secepat mungkin untuk menyesatkan manusia. Oleh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan pula. Bagi si jahil, syaitan selalu menyuruhnya rajin berbuat ibadat kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah Subhanahu Wataala. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah Subhanahu Wataala yang bererti kekalahan di pihak syaitan.
Begitu pula halnya dengan si alim yang sudah banyak ilmunya, syaitan akan menyuruhnya malas berbuat ibadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan sehingga si alim itu meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari kiamat nanti. Maka itulah kejayaan syaitan dalam usahanya.
Gejala yang sebegini rupa dapat dilihat dalam masyarakat kita, dimana yang rajin beribadah itu adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal ibadah itu pula adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.
MKT cukup menyampah pada manusia yang berpura-pura insaf, tawaddhuk, teringat pada dosa-dosa lampau tetapi dalam masa yang sama sifat tinggi diri, memfitnah dan membuat dosa baru. Ini namanya manusia HIPOKRIT.
Ada tauliah ke si Bob Lokman ni? Dia belajar dari mana? Jika diikutkan dari video diatas ustaz-uztaz tu semuanya lulusan agama dari India la, dari Mesir la dan dari Yaman. Ustaz Bob pulak dari mana belajarnya....hingga digelar ustaz?
Sudah-sudah la tu Bob. Cukup-cukuplah lakonan hipokrit yang kamu nak tunjukkan kepada masyarakat Malaysia ni. Kami tahu niat kamu sebenarnya. Niat kamu menceburi pentas politik adalah sebenarnya mengharap akan dicalonkan sebagai calon PAS nanti pada PRU akan datang bukannya kerana insaf dan mahu mengajar agama yang sebenarnya. Tak mengapalah itu hak kamu, cuma dinasihatkan jangan takbur pada ilmu yang secubit kelak ilmu itu akan menjadi musuh kamu pula di Akhirat nanti...Renung-renungkanlah....
No comments:
Post a Comment