KEIKHLASAN ATAU KHILAF
Satu perbincangan mengenai ketidakikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno-Barisan Nasional (BN) melakukan reformasi sistem pilihanraya sebelum pilihan raya umum ke-13 akan diadakan baru-baru ini.
Pakatan Rakyat membuat keputusan tersebut ekoran kenyataan perdana menteri bahawa pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak perlu menunggu keputusan jawatankuasa khas parlimen mengenai reformasi pilihan raya. Ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi menimbang penyertaan dalam Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC).
Katanya, ini kerana beliau berpendapat, ianya tidak membawa sebarang makna setelah perdana menteri membuat kenyataan sedemikian sambil menyuarakan kekesalan PAS.
"Kenyataan tersebut membuktikan sikap sebenar kerajaan terhadap tuntutan rakyat bla, bla, bla....
Itu hujah dari Ketua Penerangan PAS....
baiklah...aku yang salah...hehehe |
Ini hujah MKT pulak...
Setahu MKT, pembubaran Parlimen pada bila-bila masa sebenarnya sudah menjadi sinonim budaya politik di Malaysia. Sejak dari pilihanraya pertama hinggalah sekarang. Dan baik parti-parti pembangkang pun sudah maklum akan tradisi ini. Jadi persoalannya, mengapa baru sekarang diluahkan ketidakpuashati ini? Adakah kerana parti-parti pembangkang sudah sedia maklum yang Kerajaan Negeri yang mereka tadbir sekarang akan terlepas dan mereka tidak bersedia sepenuhnya?
Didepan rakyat mengaku jaguh hakikatnya dibelakang rakyat mereka bacul. Selama ini mereka menganggap mereka adalah pejuang. Dan pejuang juga senantiasa berwaspada menghadapi segala kemungkinan.
JADI KEPADA RAKYAT MARHAIN SEKELIAN, MENGAPA HARUS KITA LETAKKAN HARAPAN NEGARA KEPADA PEJUANG-PEJUANG YANG TIDAK PERNAH BERSEDIA INI?
"Sekiranya tidak, apa gunanya rakyat mengundi sekiranya keputusan pilihanraya bukan keputusan yang membayangkan hasrat mereka sebenar di akar umbi, tetapi hasrat pengundi hantu dan warga asing yang berlambak untuk memenangkan calon parti tertentu," tambahnya. Tegasnya, kerajaan harus menyedari kemarahan rakyat dan tuntutan dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 baru- baru ini. "Sikap kerajaan yang menolak diadakan pilihanraya sebelum sistem diperbaiki sudah tentu akan mengundang kemarahan rakyat dan tahap kebolehpercayaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus merosot. "Keadaan ini sangat tidak baik bagi negara, dan terutamanya kerajaan memerintah dan tidak mustahil parti- parti dalam Pakatan Rakyat akan menarik diri ekoran kenyataan Perdana Menteri.
"Ketidakikhlasan kerajaan Barisan Nasional ini juga dijangka akan mempercepatkan bantahan rakyat, justeru menyemarakkan semangat untuk himpunan BERSIH 3.0 diadakan," tambahnya. Ujarnya lagi, PAS menegaskan bahawa kerajaan tidak patut dan sememangnya "ia amat tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Parlimen dalam keadaan mereka sedar bahawa sistem pilihanraya negara kita sememangnya tempang berhadapan dengan kelemahan dan kepincangan yang pelbagai.
INIKAH YANG DIKATAKAN MENGIKUT ISLAM? MENGUGUT PEMERINTAH?
dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim:
قال الرسول : إنه يستعمل عليكم أمراء فتعرفون وتنكرون فمن كره فقد برىء ومن أنكر فقد سلم ولكن من رضي وتابع . قالوا : يارسول الله ألا نقاتلهم ؟ قال : لا ما أقاموا فيكم الصلاة
Maksudnya : Sesungguhnya akan muncul ke atasmu beberapa pemimpin yang kamu kenal kebaikan dan kejahatannya. Maka sesiapa yang membenci dalam hatinya maka bererti telah bebas, sesiapa yang menentang bererti selamat sebaliknya siapa yang rela dan mengikutinya maka itulah yang binasa. Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah! Tidakkah lebih baik kami memerangi mereka dengan senjata?. Jawab nabi : Jangan! Selagimana mereka masih sembahyang.
No comments:
Post a Comment