.

.

Pages

TEMBAKAN YANG TERSASAR JAUH

Wednesday, June 13, 2012


MKT ingatkan penjelasan dari menteri yang bertanggungjawab dapat menghuraikan persoalan RON 95 dan RON 97 tetapi sayangnya masih ramai lagi rakyat Malaysia yang terpengaruuh dengan dakyah seorang blogger PR dari kebenaran yang berada didepan mata.

Sebagai contoh harga jualan runcit RON97 sebanyak RM2.80 seliter manakala RON95 pada harga RM1.90 seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97 (RM2.80) berharga lebih RM1 daripada RON95 (RM1.90).

Harga RON 95 RM 1.90 seliter dan ditambah nilai subsidi RM1.45 seliter yang ditanggung oleh kerajaan, maka harga RON95 TANPA SUBSIDI ialah RM3.35 manakala RON97 TANPA sebarang subsidi hanya berharga RM2.90!! Bermakna RON 97 lebih murah dari RON 95 sebenarnya..Ini yang cuba dikelirukan blog pembangkang.. 


Sekarang sudah jelas tanpa perlu berselindung lagi kebenaran sebenarnya yang cuba diselindungkan oleh penulis upahan PR tidak dapat mengaburi mata rakyat yang semakin lama semakin terbuka melihat lakonan opera politik mereka.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata cukai jualan bagi petrol adalah 58 sen seliter dan kerajaan tidak pernah mengutipnya daripada pengguna.

Ketika menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa harga petrol premium RON97 kini lebih murah berbanding RON95, beliau berkata mereka yang membuat dakwaan itu meninggalkan aspek cukai jualan apabila membandingkan harga pasaran sebenar kedua-dua gred tersebut.

“Mereka sengaja cuba mengelirukan rakyat dengan meninggalkan aspek cukai jualan terhadap RON97,”

“Harga pasaran sebenar bagi RON95 sepatutnya RM3.18 yang mana subsidi kerajaan sebanyak 70 sen dan cukai jualan 58 sen ditambah pada harga di pam iaitu RM1.90 seliter.

“Bagi RON97, harga pasaran sebenar dengan cukai ialah RM3.38 (RM2.80 + 58 sen cukai jualan,” katanya.

Ini bermakna, katanya kerajaan bukan sahaja memberi subsidi bagi petrol RON95 tetapi juga tidak mengenakan cukai jualan terhadap petrol gred itu.

Sehingga hari ini, harga petrol RON95 masih RM1.90 seliter, manakala RON97 pula turun 10 sen kepada RM2.80 susulan penurunan harga minyak mentah dunia.

Harga RON97 tidak disubsidi tetapi ditentu mengikut harga pasaran dunia.

“Saya harap rakyat faham bahawa apabila harga RON97 turun tidak bermakna harga RON95 juga turun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival India Global 2012.


Cukai jualan sebanyak RM0.58 sebenarnya telah disembunyikan kebenaran fakta tersebut dan akhirnya menjerat kembali tengkuk penulis dan penyokong-penyokong taksub PR.

Inilah akibatnya bila menembak tanpa ada peluru yang ampuh. Akhirnya yang tersungkur si empunya badan.

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.