.

.

Pages

RUKUN ISLAM KE-ENAM?

Wednesday, June 13, 2012


PAS dilihat begitu terdesak untuk memenangi Pilihanraya ke 13 ini sehinggakan sanggup mempergunakan agama berhabis-habisan. Tidakkah mereka ini ada maruah ataupun Nur Islam didalam diri?

Baru-baru ini menuduh Kerajaan akan mengadakan Pilihanraya semasa musim haji. Biar MKT huraikan dengan jelas betapa 'kemaruk'nya dan bebalnya para penyokong-penyokong PAS ini.



Setiap tahun musim haji, pihak Kerajaan Arab Saudi menghadkan kuota jemaah haji daripada negara ini hanyalah sebanyak 28,000 orang sahaja. (itu satu fakta)

Keduanya, jumlah kerusi Parlimen adalah sebanyak 222 buah kerusi yang akan dipertandingkan didalam Pilihanraya kali ini.

Jika kita ambil secara keseluruhan 28,000 orang jemaah haji itu adalah terdiri daripada 40 peratus ahli-ahli PAS dan jentera Puilihanrayanya, 40 peratus pula adalah daripada ahli-ahli dan jentera UMNO, manakala bakinya 20 peratus terdiri daripada golongan atas pagar maka ini bermakna akan jatuh di setiap Parlimen bilangan ahli-ahli dan jentera politik yang tidak dapat mengundi adalah sebanyak cuma 50 orang sahaja.

Adakah dengan kekuatan 50 orang ini amat dikhuatiri oleh PAS sehinggakan sanggup melupakan peluang untuk menjadi Tetamu Allah?

MKT pun berasa hairan apabila ada juga kaldai-kaldai PAS sanggup menjilat apa sahaja yang diluahkan daripada mulut pemimpin mereka walaupun ianya menyimpang jauh dari nilai agama dan adat.

Apakah mereka otak mereka ini sudah gagal berfungsi?

ATAUPUN 

ADAKAH AKAN KELUAR PULA FATWA BARU IAITU MENGUNDI DIPILIHANRAYA ADALAH RUKUN ISLAM KE-ENAM?

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.