Bila terpandang sahaja di dada akhbar mengenai artikel Karpal meminta Tun Salleh Abas memberi tunjuk ajar kepada golongan profesional didalam PAS, hati kecil MKT memberitahu yang sudah pastinya PAS memang gerun dengan manusia OKU ini melebihi dari Tuhan mereka sendiri.
Rupa-rupanya bila diimbas kembali mengapa kegerunan mereka terhadap Karpal begitu hebat, ternyata ada sebab musababnya.
Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah |
Masih ingat para pembaca mengenai salah seorang pemimpin PAS dari Kelantan yang sanggup mati demi Karpal Singh? Beliau memberi amaran keras jika ada mana-mana pihak yang berani mengapa-apakan Karpal Singh maka perlu berhadapan dengannya terlebih dahulu.
Patutlah pun, bila sesiapa sahaja didalam PAS cuba menentang setiap permintaan dari Karpal ini akan cepat-cepat menarik kembali kenyataan dan meminta maaf. Tidak terkecuali juga Ketua Pemuda PAS dan Presiden PAS sendiri.
Cuma yang MKT tabik sikit adalah kepada Mursyidul Am PAS yang hanya mampu diam sahaja tanpa meminta maaf kepada Karpal.
Pada hemah MKT, jika dengan orang yang kurang upaya sekalipun PAS sudah tunduk menyembah bumi, apatah lagi yang mempunyai kuasa politik yang kuat didalam Pakatan Rakyat. PAS gagal menjadi parti dominan walaupun mempunyai keahlian yang ramai didalam Pakatan.
Ini terjadi apabila ada dikalangan pemimpin PAS sendiri yang mahu negara Islam hanya dibibir mulut sahaja. Bukannya keikhlasan dihati masing-masing.
Jadi dengan tindakan MKT flash back scenario ni, diharap para pembaca blog MKT dapat manfaat dan pilihlah pemimpin dari golongan yang tidak takut apa-apa ugutan dari mana-mana pihak. Bukannya si bacul yang pandai bersembunyi dibelakang kerusi roda OKU itu sahaja...
No comments:
Post a Comment