Pages

Thursday, August 16, 2012

BOLEH TERIMA KENYATAAN INI ATAUPUN TIDAK?


Menentang PAS adalah haram dan menentang UMNO adalah jihad. Rasanya tidak pernah pula mana-mana pemimpin UMNO ataupun ulama' UMNO yang berani keluarkan kenyataan sedemikian. Yang berani keluarkan kenyataan sedemikian adalah ulama' PAS sahaja. 

MKT hendak membuat perbandingan yang mudah. Hanya ulama'-ulama' Syiah sahaja yang berani keluarkan kenyataan menganggap sesiapa yang menentang Syiah adalah halal akan darahnya. Berlainan dengan golongan Sunni yang hanya akan bangun menentang apabila sudah terancam.


Apabila kenyataan diatas dikeluarkan dengan begitu fasih daripada mulut seorang ulama' PAS, ini bermakna tanpa dakwa dakwi lagi PAS sudahpun diresapi oleh fahaman Syiah.

Jika tidak silap, Syiah juga boleh berkompromi, boleh bergabung dengan mana-mana agama lain mahupun fahaman selain daripada ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika ini benar maka terbukti lagi satu kenyataan bahawa PAS sememangnya berfahaman Syiah. Dimana PAS tidak sanggup bergabung, berkompromi dengan UMNO yang satu agama, satu Tuhan dan Rasul dengan mereka tetapi sanggup bergabung dengan DAP yang terang-terang memusuhi Islam. 

Keterangan mengenai sesiapa dimuka bumi ini layak menjaga dunia hanyalah dari golongan ulama' sahaja amatlah dangkal. Ini adalah kerana semasa krisis matawang dunia dahulu pun, bukannya ulama' diatas itu yang memberi pandangan dan penyelesaiannya. 

Ulama' yang benar-benar mahir didalam satu-satu bidang itu sememangnya layak tetapi persoalannya, adakah ulama' diatas itu layak didalam bidang ekonomi? Sedangkan negeri dibawah pentadbirannya pun dilanda masalah kewangan yang serius. Bagaimana pula beliau dengan begitu gah mencanang yang ulama sepertinya layak menjaga dunia secara amnya?

Usah dibandingkan dengan zaman Khalifah Islam dahulu. Ini adalah kerana Khalifah mempunyai kuasa mutlak seperti Sultan bukannya sebagai Menteri Besar ataupun Perdana Menteri yang mempunyai kuasa yang terbatas.

Pada pendapat MKT, biarlah masa yang menentukan segalanya. Tidak perlu bermain sangat dengan agama dalam menegakkan benang yang basah. Semua sudahpun maklum yang politik adalah kotor tetapi jangan pula dikotorkan juga agama Islam yg syumul ini.

No comments:

Post a Comment