.

.

Pages

DARI LANGKAWI...JAWAPAN BERNAS TETAPI MASIH KURANG ISINYA

Wednesday, August 29, 2012


Hasil jawapan daripada Exco Pengangkutan Negeri Kedah didalam Persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini yang menjelaskan bahawa telah ada perbincangan antara pihak Kerajaan Negeri dan pihak pengusaha feri berkenaan masalah tambang.

Apa-apa pun MKT ucapkan terima kasih kerana telah membuktikan bahawa beliau ada tanggungjawab. Tetapi mengapa tiada jawapan yang jitu untuk menyelesaikan permasalahan dengan sekaligus?


Melalui video ini juga membuktikan bahawa Kerajaan negeri adalah kuasa yang bertanggungjawab terhadap isu feri. Jadi ini akan mematikan segala tohmahan pihak PR yang menuding jari kepada Kerajaan Pusat dalam apa jua permasalahan berkenaan feri.

Sebagai contoh, mengapa persoalan yang dibangkitkan oleh YB Lunas berkenaan subsidi diesel tidak mendapat respons daripada YB Exco? Sepatutnya hal begini boleh digunakan sebagai satu alasan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk menidakkan hasrat para pengusaha feri untuk menaikkan tambang.

Alasan pengusaha feri menyatakan bahawa tambang istimewa ditarik balik dengan menggunakan alasan remeh sebenarnya tidak boleh digunapakai. Ini adalah kerana disetiap pintu masuk ke laluan feri akan tersedia dua konduktor yang akan memeriksa samada tiket yang dibeli itu adalah daripada warga Langkawi ataupun tidak.

Persoalannya... apakah hasil yang didapati daripada perjumpaan tersebut? ZERO!!.. Masalah masih lagi wujud. Hak warga Langkawi dinafikan. Malahan sikap menuding jari masih menebal walaupun telah menjadi sebuah Kerajaan.

Jadi...terpulanglah kepada warga Langkawi hendak menilai sejauhmana daya pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri. Kepada yang masih lagi buta mata dan hatinya tu, apa boleh buat. Kebenaran belum tiba dihadapan matanya lagi.

1 ulasan:

Unknown said...

Sebagai anak jati Langkawi,,perjuangan mesti diteruskan,TQ MKT kerna mendedahkan isu panas ini..

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.