.

.

Pages

BIJAKNYA PUAK-PUAK PR NI YERRR?

Wednesday, August 29, 2012


Rupanya dalam diam Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah menjualkan salah satu asetnya kepada pihak swasta. Sudah tidak mampu menanggung segala desakan, tekanan maka Kolej Universiti Insaniah telahpun digadaikan kepada orang luar.

Mengapa perlu dijualkan kepada syarikat luar negara? Apakan tiada satu pun syarikat di Kedah yang mampu untuk mengambil alih institusi ini?


KUALA NERANG: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mendakwa pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) akan diambil alih oleh sebuah syarikat swasta. 


Beliau mendakwa kerajaan negeri Kedah telah menerima surat dari sebuah syarikat antarabangsa berkenaan dengan pengambil alihan pengurusan Kuin sejak dua bulan lepas. 

"Ada surat menyurat dari syarikat swasta kepada kerajaan negeri Kedah berhubung dengan proses pengambilalihan Kuin dari kerajaan negeri kepada syarikat swasta. 

"Kita minta kerajaan negeri memberi penjelasan mengenai surat tersebut," katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dekat sini hari ini. 

Beliau berkata, pengambilalihan itu akan memberi kesan kepada pelajar kerana pihak swasta sudah pasti mahu mengaut keuntungan yang tinggi berbanding dengan kerajaan negeri. 

"Jika syarikat swasta mengambil alih pengurusan Kuin, mereka tentu memikirkan keuntungan. Matlamat sebenar penubuhan Kuin adalah untuk memberi kemudahan pelajaran kepada anak bangsa khususnya di Kedah. 

"Adakah mereka (kerajaan negeri Kedah) nak jadikan Kuin ini sebagai sebuah badan perniagaan? Mereka nak jual Kuin kepada syarikat swasta dan ambil duit tu," katanya. BERNAMA


Hihihi...begini rupanya Pakatan Rakyat melupuskan hutang Kerajaan Negeri. Selama ini rakyat telah dibohong hidup-hidup dengan mencanangkan keseluruh negara yang di setiap negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat mampu melupuskan hutang. Bukan melupuskan hutang tetapi rupanya memindahkan beban hutang kepada orang lain.

Tidak menjadi satu yang menghairankanlah jika akaun hutang Kerajaan Negeri SIFAR dengan bebanan hutang.

Bijakkah tindakan tersebut? 

2 ulasan:

Anonymous said...

UMNO tunjuk hero sangat... kenapa tak beli? dulu bukan main .. nak membela rakyat kononnya.. umno bukannya membela sebaliknya membelaSAH rakyat..

Ibnu Dahlan said...

HIhihi...bodoh benar pendapat daripada Lebah Hijau ni...Ada ker offer drpd Kerajaan PAS sebelum ni? PAsaipa x buka tender? PAsaipa x bawa perkara ni ke dalam Mesyuarat Dewan undangan negeri?

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.