Pages

Thursday, August 30, 2012

DARI LANGKAWI...DENGARLAH RAYUAN DARI WARGA LANGKAWI @NajibRazak @PMO


Sebenarnya masih ada lagi barisan kepimpinan Kabinet di Parlimen yang tidak begitu memahami hasrat sebenar rakyat Pulau Langkawi. Kadang-kadang ada rakyat di Langkawi yang datang sendiri berjumpa ataupun berbual didalam laman FB berkenaan hasrat mereka terhadap Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri.

Antara yang dipertikaikan adalah sea ambulance yang telah dilancarkan pada 2007 oleh Tun Dr. Mahathir Mohammed yang khabarnya dikhususkan untuk kegunaan perubatan kecemasan.

MKT berasa hairan bercampur pelik apabila terbaca berkenaan hansard Parlimen berkenaan isu ini dan jawapan yang telah diberikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan. alasan yang diberikan bagaikan melepaskan batuk ditangga. Sedangkan hak rakyat Langkawi telahpun diabaikan dengan alasan yang cukup tidak relevan.


Ikuti soalan oleh Ahli Parlimen Langkawi berkenaan isu ini....

Mintak MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

a) Memandangkan Sea Ambulance di Langkawi jarang digunakan disebabkn selalu rosak, adakah pihak Kerajaan bercadang utk menjual kapal tersebut dan menggantikannya dgn sebuah helikopter yg juga boleh digunakan oleh APMM utk rondaan udara; dan

b) Mengapakah kerosakan ini terus berlaku & apakah tindakan serius yg diambil oleh kerajaan.

Jawapan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan II [Tuan Jelaing anak Mersat] ;

Tuan yg di-Pertua, utk makluman Dewan yg Mulia ini dakwaan bahawa Sea Ambulance di Langkawi jarang digunakan disebabkan selalu rosak adalah tidak tepat. Kapal MV Suhail yg dimiliki oleh Jabatan Laut Malaysia di Pulau Langkawi digunakan utk menjalankan dua tugas iaitu utk tujuan operasi seperti pemantauan & penyelenggaraan alat bantuan pelayaran di seluruh Wilayah Utara. Pemeriksaan & penguatkuasaan perkapalan di pelabuhan serta melawan tumpahan minyak & juga digunakn sbg Sea Ambulance bg operasi pemindahan perubatan kecemasan.

Menurut statistik, kapal MV Suhail telah melakukan 17 perjalanan pada 2009, 24 perjalanan pd tahun 2010, 7 perjalanan pada tahun 2011 & hanya satu perjalanan sehingga Mac 2012 bagi operasi pemindahan perubahan kecemasan. Dari aspek down time dgn izin, Kementerian Pengangkutan mengakui bahawa sepanjang tahun 2011, kapal MV Suhail telah merekodkan sebanyak enam insiden kerosakan pada bahagian kapal yg berlainan & tindakan akan diambil utk memperbaiki kerosakan berkenaan.

Dalam pada itu mengikut rekod peratusan penggunaan kapal tersebut tahun 2011, kapal tersebut digunakan pada tahap yg optimum iaitu 90% berbanding pada tahun 2009 & tahun 2010 sbyk 75% & 84% masing2. Oleh yg demikian, proses penyelenggaraan telah dijlnkn bg memastikan kapal MV Suhail dpt beroperasi dlm keadaan baik & dpt menjlnkn fungsinya dgn lancar. Semasa tempoh pembaikan kapal juga, khitmat feri sedia ada telah digunakn bg operasi pemindahan perubatan kecemasan.

Kementerian Pengangkutan tiada perancangan utk menggantikan kapal MV Suhail di Langkawi dgn helikopter. Sekian. 

Dato' Paduka Abu Bakar Taib [Langkawi]

Tuan Yang di-Pertua terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya sudah jangka jawapan sama sahaja. Jawapan dulu, sekarang dan.... [Dewan riuh] jgnlah selama-lamanya. Kerana apa yg berlaku di bawah berlainan, malah feri digunakn utk mengangkut - jadi, saya mintalah pihak kementerian memantau. Akan tetapi selepas 3 kali mengangkut telah rosak. Jadi mintaklah kapal utk org Langkawi baik sikit. Patut bukan utk kegunaan pemantauan minyak tumpahlah & hal lain. Sbb saya ingat boleh guna feri.

Tuan Jelaing anak Mersat ; 

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Seperti yg saya sebutkn pd awal tadi tugas kapal MV Suhail ini adalah bukan tugas utamanya utk pemindahan perubatan ttp utk tugas2 lain. Jadi oleh krn tugas2 utk pemindahan perubatan ttp @pun perubatan ini ada Kementerian Kesihatan menyewa feri disewa khas utk menghantar pesakit2 & juga kalau pesakit ini terpaksa menggunakn kerusi yg lebih byk, ianya disewa khas utk menghantar pesakit. Drpd 381 org pesakit yg dihantar, hanya 7 sahaja yg dihantar menggunakn kapal ini. Ini menunjukkn bahawa tugas utamanya bukanlah tugas utk menghantar pesakit. Saya juga ucapkn terima kasih bg kepada YB kerana prihatin & mmbuat cadangan utk kita memperbaiki servis kita kpd Pulau Langkawi & rakyat di situ. Sekian.

Apabila diusulkan satu jalan penyelesaian seperti dijualkan kapal yang rosak itu dan digantikan dengan helikopter gunasama, tidak diendahkan. Tidak cukup dengan hansard Parlimen, MKT hidangkan pula sidang video Ahli Parlimen Langkawi yang mengiakan apa yang beliau telahpun perjuangkan selama ini. Saksikan...


Dengan adanya bukti hansard dan video ini telah membuktikan dakyah sesetengah orang Langkawi yang memfitnah Datuk Paduka Abu bakar adalah meleset. Sememangnya beliau telah cuba untuk menyelesaikan masalah-masalah penduduk Langkawi.

P/S dari MKT : Permintaan daripada wakil rakyat BN pun ada yang ditolak apatah lagi permintaan daripada pihak pembangkang. Itu menunjukkan bahawa Kerajaan Pusat akan meneliti sesuatu permohonan samada relevan ataupun tidak keperluan rakyat yang dipohon. Maksudnya Kerajaan Pusat bukannya berat sebelah cuma mungkin memikirkan ada rakyat di kawasan lain yang lebih memerlukan peruntukkan tersebut.

1 comment:

  1. Terima kasih Dato Bakar.
    Sekarang timbul pula soal waris Mahsuri palsu.Apa kah Dato tahu soal ini. Waris Mahsuri palsu ini dibuat oleh pakatan 7 orang.Kepalanya cikgu Ismail Hanafiah. Siapakah 6 orang lagi tu. Saya syorkan agar dilakukan DNA antara Aishah dengan Nawawi.dan bolehlah kita semua tahu siapa bapa sebenar beliau.
    Lebih2 lagi Ku Halim salah seorang pakatan 7 itu mengaku bahawa apa yang di buat mereka adalah palsu guna menambah produk pelancungan.Leh itu kita boleh tanya Ku sendiri yg rumahnya diberas terbakar, Pdg Matsirat.

    ReplyDelete