Pages

Friday, August 31, 2012

BUKTI PAKATAN RAKYAT KAKI PLAGIAT


Rasa hendak tergelak pun ada dengan agenda lapuk Pakatan Rakyat menjelang detik kemerdekaan negara. Kejadian yang berlaku di ibukota Malaysia menunjukkan perjuangan Pakatan Rakyat sebenarnya tidak ada arah dan tujuan. Kabur dan akan pupus ditelan waktu.

Mengapa MKT menyatakan sedemikian? Ini adalah kerana sebelum ini terdapat pelbagai kritikan terhadap simbol Kerajaan Malaysia. Baik dari lagu kebangsaan sehinggalah membawa kepada bendera kebangsaan.

Lalu direkanya satu bendera bagi menggantikan bendera sedia ada dan siap dengan diberi namanya iaitu Sang Saka Malaya.


Sebelum ini dengan angkuhnya mereka melabelkan UMNO menciplak baik dari segi lagu kebangsaan dan bendera yang dikatakan menyerupai negara Amerika Syarikat.

Lalu diciptanya pula bendera baru oleh puak-puak Pakatan Rakyat. MKT ingatkan ianya akan berlainan ataupun unik tetapi sayangnya, mereka pun menggunakan proses ciplak ataupun bahasa saintifiknya plagiat daripada bendera Singapura. 


Yang membezakannya adalah satu sahaja iaitu bintang yang terdapat pada bendera Singapura sebanyak 5 buah dan di bendera ciplak itu terdapat satu sahaja.

Barulah MKT sedar yang rupa-rupanya puak-puak Pakatan Rakyat ini hanya sekadar petah berbicara. Cakap tidak serupa bikin ataupun indah khabar dari rupa...

Perkara sekecil ini pun Pakatan Rakyat telah gagal. Bagaimana pula keadaannya bila menguruskan perkara yang besar-besar seperti mentadbir negara? 

Yakin ker? Pada MKT....negara akan jadi negara carca marba selepas itu, percayalah...


No comments:

Post a Comment