.

.

Pages

DARI LANGKAWI... SIAPA SEBENARNYA YANG BERTANGGUNGJAWAB?

Monday, August 27, 2012


Sehingga sekarang masih tiada lagi maklum balas daripada Exco Pengangkutan negeri Kedah iaitu YB Tan Joo Long berkenaan masalah feri Langkawi. Pelbagai rungutan telahpun dibuat oleh warga Langkawi yang menaiki feri sewaktu Hari Raya baru-baru ini tidak mendapat respons daripada Kerajaan Negeri.

Lanjutan daripada artikel ini..


Yang seronoknya ada pulak manusia daripada penyokong-penyokong PAS sanggup kirimkan kepada MKT satu salinan surat daripada Jabatan Laut berkenaan arahan menaikkan harga tambang feri. Tujuannya untuk mengalihkan jari rakyat terhadap Kerajaan Negeri dan menuding pula kepada Kerajaan Pusat.

Lihatlah bagaimana kejinya cara permainan politik mereka yang sanggup menggunakan taktik sembunyikan kebenaran demi untuk kekal berkuasa.


Jabatan Laut Semenanjung Malaysia yang beribu pejabat di Pelabuhan Klang, Selangor telah menghantar surat bertarikh 22 November 2007 (No. rujukan: (33) dlm IPL 2141-G Jld.2) memaklumkan kepada semua pengusaha feri di Langkawi bahawa satu kadar tambang baru telah dipersetujui oleh Kerajaan BN Kedah ketika itu.

Bukankah tertera ayat yang menunjukkan dengan jelas bahawa kenaikan tambang tersebut dipersetujui oleh Kerajaan BN Kedah (pada masa itu)? Jika persetujuan untuk menaikkan tambang adalah daripada Kerajaan Negeri, tidakkah mustahil segala perkara yang berkaitan dengan pengusaha feri seperti penurunan tambang dan sebagainya mampu dilakukan oleh Kerajaan Negeri sekarang?


Sukacitanya MKT hendak mengingatkan kembali kepada para pembaca blog MKT yang sebelum PRU ke 12 ada penceramah-penceramah daripada Pakatan Rakyat datang ke Langkawi dan berjanji akan menurunkan harga tambang feri. Nah! Sekarang sudahpun menjadi kenyataan. Persoalannya, mengapa tiada usul mahupun perbincangan untuk menunaikan janji tersebut? Memerintah sudahpun 4 tahun lebih tetapi Exco Pengangkutan tidak pernah sekalipun menjejakkan kakinya ke pulau ini. 

Nampak sangat Exco Pengangkutan Negeri makan gaji buta. Kerajaan Negeri  sekarang masih lagi dibuai dengan mimpin dalam lenanya. Pelbagai masalah rakyat tidak diambil peduli sedangkan cukai dikutip setiap 6 bulan.

Setiap bulan ahli-ahli Majlis Daerah akan bersidang, bermesyuarat membincangkan permasalahan rakyat Langkawi (kononnya). Tetapi apakah perubahan yang telahpun didapati didalam setiap kali mesyuarat itu? Jika ada, sudah pastinya masalah rakyat akan dapat diselesaikan.

Permasalahan feri ni adalah masalah yang akan wujud pada setiap kali musim perayaan ataupun cuti sekolah. Adalah mustahil jika ada suara-suara sumbang menafikan menyatakan mereka tidak tahu.

Ini adalah salah satu daripada bukti keGAGALan Kerajaan Negeri PR Kedah dalam mentadbir hal ehwal negeri. Kegagalan adalah berpunca daripada kelemahan mereka tetapi jari jahil mereka ditudingkan pula kepada orang lain.

Inikah sebuah Kerajaan Islam yang sebenarnya? Memalukan dan mengaibkan agama Islam secara langsungnya.

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.