.

.

Pages

DARI LANGKAWI... ARAHAN SULIT KERAJAAN PR KEDAH KEPADA PENGUSAHA FERI?

Tuesday, August 28, 2012


Setelah disemak kembali kandungan surat arahan daripada Jabatan Laut kepada pengusaha-pengusaha feri di Langkawi, memang jelas pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju menaikkan harga tambang feri berkuatkuasa pada 1hb Disember 2007.

Juga pihak Kerajaan Negeri (pada masa itu) juga telah bersetuju untuk memberikan tambang istimewa khususnya kepada warga Langkawi (rujuk perenggan ketiga surat)



Persoalannya, mengapakah pada tahun 2011, tambang istimewa itu tidak lagi dinikmati oleh warga Langkawi? Padahal dengan jelas dan ketara, surat arahan tersebut telahpun mengarahkan setiap pengusaha feri WAJIB memberikan tambang istimewa itu kepada setiap warga Langkawi.


Biar MKT jelaskan disini. Sebelum ini memang ada tambang istimewa kepada penduduk Langkawi. Tidak kira waktu mahupun masa. Tetapi sejak bermulanya tahun 2011, pengusaha feri sudahpun mengeluarkan arahan kepada kakitangannya agar tambang istimewa ini tidak lagi relevan pada hari cuti mingguan (Jumaat & Sabtu), hari kelepasan Am dan juga musim cuti sekolah.

Persoalannya, pada 2011 siapakah yang memerintah Kerajaan Kedah? Bukankah barisan Pakatan Rakyat? Jika arahan kebenaran menaikkan tambang dipersetujui oleh Kerajaan Negeri BN (2007), tidakkah arahan menarik balik tambang istimewa ini telahpun dipersetujui oleh Kerajaan Negeri PR (2011)?

Artikel diatas adalah lagi satu bukti bahawa Kerajaan negeri PR sebenarnya tidak berminat menjaga kesejahteraan rakyat sebenarnya. Ungkapan 'KEDAH SEJAHTERA' itu sebenarnya 'indah khabar dari rupa'

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.