.

.

Pages

RAMALAN POPULAR ANWAR IBRAHIM DI LANGKAWI

Friday, July 13, 2012


Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah janji-janji manis, umpan Pilihanraya yang bermodalkan air liur sahaja akan disampaikan kepada warga Langkawi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang datang berziarah ke Langkawi pada hari ini.

Kadang-kadang permainan ramalan boleh juga mendatangkan hiburan kepada yang ingin membuang sejenak fikirannya daripada daki-daki dunia.

INIKAH SEBENARNYA HAJAT WARGA LANGKAWI UNTUK ANWAR?
Biarlah MKT yang memulakan dahulu ramalan janji ataupun umpan beliau sejurus menjejakkan kakinya ke Langkawi.

Ramalan Pertama : 
Beliau akan menggunakan umpan-umpan yang biasa iaitu seperti "Jika PR memerintah, esok akan turun harga pelbagai barang"; " Jika PR memerintah PTPTN akan dimansuhkan" dan pelbagai lagi janji-janji isu nasional yang akan diumpankan.

Ramalan Kedua :
Beliau akan berpura-pura simpati dengan nasib orang-orang Pulau Tuba yang selama ini dirundung dengan 2 masalah UTAMA iaitu Penggunaan Generator dan Jambatan yang menghubungkan Pulau Tuba dengan Pulau Langkawi. Selepas itu beliau akan berjanji akan menyelesaikan kedua-dua masalah tersebut dan akan menjadi wira kepada warga Pulau Tuba.

Ramalan Ketiga :
Beliau juga akan berpura-pura simpati dengan nasib warga Bukit Malut berkenaan tanah yang mereka duduki sekarang. Dan seperti biasa beliau akan cuba menjadi wira dengan menaburkan pelbagai janji kosong seperti yang berlaku di Kg Pala, Pulau Pinang dan akhirnya tergadai habis segala-galanya.

Ramalan Keempat : 
Sudah pastinya janji beliau pada 2008 akan digunakan lagi iaitu berjanji akan menurunkan harga tambang feri apabila berjaya membentuk Kerajaan.

Pada MKT, biar apa jua janji-janji manis manusia HIPOKRIT ini sebenarnya ibarat harapkan Emas tetapi Tahi yang dapat.

Ini adalah kerana MKT tidak mahu tertipu sekali lagi dengan ayat-ayat beliau dan MKT juga yakin warga Langkawi juga sependapat dengan MKT.

Wallahualam...

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.