Lama MKT tidak menulis diruangan blog ini. Ini adalah disebabkan MKT mencari maklumat dan yang pastinya tepat untuk didedahkan kepada rakyat Kedah khususnya.
Baru-baru ini MKT mendapat satu maklumat yang agak mengejutkan daripada satu sumber Kerajaan Negeri Kedah. Ini melibatkan sumber pendapatan yang diterima oleh kebanyakkan kakitangan Kerajaan negeri Kedah sendiri.
MKT yakin seluruh negara tahu yang setiap Kerajaan Negeri bergantung sumber daripada hasil alam dan juga hasil kutipan cukai dan ianya juga tidak terkecuali Kerajaan Negeri Kedah.
Persoalannya, bagaimana hasil kutipan hasil alam dan cukai diuruskan?
MKT mendapat maklumat yang segala hasil kutipan cukai dan hasil alam dilonggokkan didalam satu akaun Kerajaan Negeri. Ini bermaksud segala pembayaran premium tanah, premium balak, kutipan cukai pintu, pasar dan premis akan disatukan didalam SATU sahaja akaun.
Persoalannya, bagaimanakah sebuah Kerajaan negeri yang KONONNYA mengamalkan konsep Islam boleh terlepas pandang akan perkara ini?
Apakah tiada mufti ataupun ulama-ulama Kedah yang menegur pentadbiran Ustaz Azizan agar mengASINGkan hasil kutipan HALAL dan HARAM?
Apakah tiada langsung kutipan daripada sumber yang HARAM seperti cukai minuman keras, lesen anjing, lesen pusat hiburan yang dikutip oleh Kerajaan negeri Kedah selama 4 tahun lebih memerintah?
Jika ada, dimanakah hasil-hasil itu dikumpulkan? Bukankah ianya berada didalam akaun yang satu itu? Bersama-sama kutipan dari sumber HALAL?
Jika ianya benar seperti maklumat yang MKT perolehi, ini bermakna Kerajaan Islam PAS Negeri Kedah sudahpun memberi sumber pendapatan seperti gaji, elaun, dan lain-lain lagi kepada kakitangan Kerajaan Negeri dari sumber yang HARAM.
Sudah pastinya para penjilat tegar dari parti-parti didalam Pakatan Rakyat akan menyalak kepada MKT sejurus membaca pendedahan ini.
Daripada menyalak kepada MKT, bukankah lebih baik persoalan ini diajukan kepada kepimpinan PAS Kedah untuk mendapat kebenarannya?
Yang pastinya, seluruh kakitangan Kerajaan Negeri Kedah sudahpun merasa daripada sumber yang HARAM disisi agama yang diberikan oleh sebuah parti yang KONONNYA Islam...
Wallahualam...
Melayu kedah terakhir perlu belajar agama lagi, jgn berlandaskan nafsu semata2.
ReplyDeletePerlu diingat bahawa dalam sebuah negara Islam, adalah harus atau DIBENARKAN bagi pemerintah sesebuah negara Islam untuk membenarkan penduduk bukan Islam dalam negaranya menjual arak kepada sesama mereka DENGAN SYARAT ia diiktiraf oleh agama mereka. Dari sudut percukaian pula, adalah DIBENARKAN atau harus pihak kerajaan Islam tadi menerima cukai hasil perniagaan arak tadi memandangkan ia dikutip menurut peruntukan hukum Islam yang sohih. Harta tersebut boleh digunakan untuk maslahat awam termasuk membayar gaji kakitangan awam tanpa sebarang masalah.
Haram secara Hukmi
ReplyDeletesesebuah kerajaan pimpinan Islam dibenar meluluskan sesuatu yang diterima agama lain dengan syarat ia khusus untuk penduduk setempat itu dan tidak membabitkan penduduk beragama Islam.
Pada masa sama kerajaan dibenar mengutip cukai hasil pemberian lesen itu.
Contohnya, dalam sesetengah agama, arak dibenarkan, justeru pemerintah Islam menghormati kebenaran itu, justeru ulama menyatakan keharusan bagi kerajaan meluluskan pembukaan kedai arak khusus untuk penganut agama terbabit saja. Itulah namanya siasah syariyyah. Demikian statusnya dengan babi dan makanan tidak sembelih, disebabkan agama mereka membenarkan, kerajaan Islam mesti membenarkan pembukaan kedai jual babi, penternakan babi dan gerai menjual makanan tidak sembelih setelah dipohon penganut agama yang membenarkan tetapi secara terhad dan berhati-hati. Pada masa sama juga, kerajaan boleh mengenakan cukai biasa daripada lesen dan perniagaan itu.
Read more: http://dnobiz.com/keagamaan/kewanggan-islam-cara-bersih-wang-haram/#ixzz20HA0Vnnf
Terima aksih kerana memperingati MKT agar belajar agama lagi tetapi bukankan ianya lebih elok daripada syubhah mengasingkan pendapatan HALA dgn yg HARAM agar tiada was2 dapat ditimbulkan? Mengapakah Kerajaan Negeri Perak mampu mengasingkan hasil halal dan haram dan Kerajaan negeri Kedah yg ditadbir oleh sebuah parti yg kononnya ISlam tidak mampu berbuat sedemikian? Boleh berikan jawapan itu kepada MKT?
ReplyDelete(Mungkin sedara Tanpa Nama hnya mengambil hukum separuh2. Samalah seperti post yg sedara postkn diatas. jgn sembunyi pada kebenaran. Terimalah ia walaupun pedih utk ditelan.)
ReplyDeleteYang Dipersetujui Haram
Namun begitu, perlu diingat tiada agama mengharuskan pelacuran, pengurusan kewangan riba dan perjudian. Sebarang kebenaran bagi pembukaan premis sebegitu dan pengambilan cukai daripadanya adalah haram. Apabila ia masuk ke dalam pendapatan negara, keberkatan dalam negara akan hilang, tatkala itu ia memerlukan proses pembersihan.
Read more: http://dnobiz.com/keagamaan/kewanggan-islam-cara-bersih-wang-haram/#ixzz20HCxBtmS
pembersihan haruslah dilakukan oleh kerajaan persekutuan kerana kerajaan negeri tiada kuasa untuk menggubal atau meminda akta2 yg termaktub dalam perundangan malaysia. itu saudara harus faham, negara kita masih mempunyai mahkamah sivil yg diwarisi dr zaman british, dimana mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa yg terhad. ini adalah contoh sistem perundangan SEKULAR yg mengasingkan antara agama dan kehidupan duniawi.
ReplyDeleteoleh itu perlulah sistem perundangan islam diwujudkan di malaysia bagi menggantikan undang2 sekular yg diamalkan sejak zaman penjajah british lagi.
ReplyDeletedengan tertegaknya sistem perundangan islam tersebut, barulah tunas2 yg haram dapat dicantas. mencegah lebih baik dr mengubati
Anonymous 7/11/2012 10:31am : Jgn menuding jari kpd org lain sdgkn diri sendiri pn x arif dalam undang2 tubuh Kerajaan negeri. Negeri Perak mampu buat perubahan akaun Halal dan Haramnya, mengapa pula Kerajaan negeri Kedah tidak boleh... Jk benar2 nk laksanakan Islam, laksanakan dgn sebenar2nya. Baru mendapat berkat dan rahmat daripadaNya. Jangan taw menuding jari kpd org lain sahaja..Kelak bala pula yg menimpa....
ReplyDeleteAnonymous 7/11/2015 10:36am : Nk harapkan sistem perundangan Islam? Sdgkn parti yang kononnya memperjuangkan Islam pn x laksanakan perundangan Islam dinegeri2 yg ditadbirnya. Perlembagaan Lord Reid yg dikeji tetapi Perlembagaan itu juga yg dijilat oleh parti2 yg kononnya Islam sgt ni...Hipokrit.,...
ReplyDeleteRamai yang menuduh Tok Guru Nik Aziz pengecut dan takut untuk melaksanakan hudud di Kelantan
ReplyDeleteIni kerana ramai yang tidak tahu menahu akan Akta Darurat ini.
AKTA DARURAT KELANTAN 1977
Ramai tidak sedar bahawa Kelantan masih di tertakluk di bawah Akta Darurat Kelantan 1977.
Akta ini membenarkan kerajaan Pusat:
1.0 Mengambil alih pemerintahan Kerajaan Kelantan
2.0 Menggantung DUN Kelantan serta kesemua Enakmen-Enakmen yang telah diluluskan
3.0 Menangkap sesiapa sahaja yang dilihat sebagai membahayakan keselamatan KElantan.
Apabila mantan Perdana Menteri telah memberi amaran keras untuk tidak melaksanakan hukum hudud, maka ia bermakna Perdana Menteri boleh menggunakan Akta Darurat 1977 untuk MENGAGALKAN perlaksanaan hukum tersebut di Kelantan.
Apabila DUN telah digantung dan pentadbiran kerajaan negeri diambil alih kerajaan Pusat, secara otomatik hudud yang hendak dilaksanakan tadi tidak dapat dilaksanakan sama sekali.
Maka, tindakan mantan Perdana Menteri/Mahathir tidak lebih dari tindakan Stalin dan Lenin yang telah menghapuskan sama sekali perlaksanaan undang2 Islam di negera2 Asis Barat satu masa dahulu.
Seharusnya Maahthir dibicara di Mahkamah Syariah atas tuduhan murtad.
Dan, Perdana Menteri sekarang lebih rela sujud pada pelakon porno dari menjalankan hukum yang diturunkan oleh Allah SWT
sumber http://bloglistpolitik.blogspot.com/2011/09/sebab-kenapa-kelantan-tidak-boleh.html
ReplyDeletehttp://unikversiti.blogspot.com/2011/09/laksanakan-hukum-hudud-untuk-orang.html
ReplyDeleteUndang-undang dunia yang berasal dari Undang-undang British ini lagi banyak yang tidak adilnya. Undang-undang yang hanya BANYAK MENGENAKAN DENDA. Buat bisnes dan kutip untung melalui hukuman jenayah. Yang kaya terlepas yang miskin kena hukum teruk.
Tentang pelaksanaan Hukum Hudud, memang betul ianya BUKAN MUDAH, tetapi tidak semestinya LANGSUNG tidak boleh dibuat. Daripada TIDAK BUAT langsung, ada baiknya kita laksanakan dulu sesama Islam kita, agar menjadi CONTOH kepada non-Muslim nanti akan keindahan dan kebijaksanaannya.
Mahkamah Syariah kan ada, sampai bila lagi mahu membiarkan Mahkamah Syariah hanya terikat dengan bab nikah kahwin, dan kesalahan-kesalahan kecil serta jenayah seperti zina (contohnya) yang diberikan hukuman langsung tidak mengikut AlQuran dan AlHadith? Sampai bila lagi mahu melihat Undang-Undang British lebih tinggi dari Undang-Undang Islam? Allah Maha Besar atau British Maha Besar?
MKT tidak mahu mengulas panjang akan perkara ini, tetapi MKT cuma nk mnta satu sahaja drpd negara2 Islam didunia yg mengamalkan hukum Hudud sepenuhnya...Diharap tuan boleh membantu... MKT bukanlah seorg yg suka berpura2 atau lebih dikenali sbg Hipokrit. Sdgkn di Arab saudi sndr pn x jalankan hukuman hudud yakni dalam ertikata hudud yg sebenar. Mengapa pula kita nk bertelagah akan sesuatu perkara yg 0.0001% drpd islam( Hadi Awang yg kata). Bukankah lebih baik jk Nik Aziz yg diiktiraf sbg salah satu ulama yg terkemuka didunia bermuzakarrah dgn ulama2 lain utk menegakkan hudud disetiap negara Islam?
ReplyDeletePersoalnnya, mampukah beliau?
pasti mampu, berikan beliau ruang di media arus perdana utk menjelaskan kepada rakyat malaysia, berikan 1 rancangan secara live bersiri di media arus perdana seperti TV3 utk beliau menjelaskannya. mampukah kerajaan pusat berikannya? dengan penuh telus.
ReplyDeleteMKT rasa x perlu kot Nik Aziz membentangkan mengenai perkara hudud di dalam TV yg kamu sndr x percaya kredibilitinya. MKT juga yakin pihak Kerajaan Persekutuan sdh pun menerangkan melalui media massa samada elektronik mahupun bercetak mengenainya.
ReplyDeleteMKT cabar Nik Aziz bermuzakarrah dgn ulama2 Islam dr negara lain tentang laksanakan hukuman hudud di setiap negara Islam yg lain.
ReplyDeleteNik Aziz mampu buat ke? Ini adalah kerana beliau adalah salah satu ulama yg terkenal didunia. X silap MKT beliau ranking ke 42 dunia. Jadi, usahakanlah kearah itu...
untuk pengetahuan MKT, nik aziz sentiasa di kunjungi oleh ulama serata dunia, hanya media arus perdana shj yg tidak memaparkan berita tersebut. rasanya tiada masalah nik aziz jika hendak bermuzakarah dgn sesiapun, bahkan ulama UMNO sekalipun. Cuma tiada yg berani bermuzakarah secara berdepan dgnnya. Pengecut. hanya berani menjerit dr jauh. menuduhnya yg bukan2 tanpa diberikan ruang utk mempertahankan diri.
ReplyDeleteX perlu didedahkan siapapun yg dtg menemui Nik aziz. Malahan Perdana Menteri yg selama ini dikunjungi oleh setiap darjat manusia didunia ini, x pula ada penyokong2 Kerajaan mempolitikkannya pun. Jk dh namanya pn beliau dikunjungi oleh para ulama dunia, mengapa beliau x cdgkn kpd ulama2 itu utk bermuzakarrah laksanakan hukuman hudud disetiap negara Islam?
ReplyDeleteBagi saya anon yang dok sokong pas tu lupa. Dulu masa BN bukan main depa kutuk lagi kalau buat JomHeboh saja (akhirnya boleh pulak buat kat kelantan). Depa kata BN tak mahu laksana hudud. Bila berlaku maksiat depa tuduh kerajaan BN waktu itu kononnya tak laksana Islam. Memang sekarang apa yang dikatakannya jadi kebenaran. Kerajaan sekarang katanya nak Islam walaupun negara Islam katanya tak ada dalam Al_Quran. Maksiat terbuka dan lebih teruk. Siapa nak mereka salahkan sekarang. Tetapi puak-puak tak malu ini tanpa segan silu tak bercakap lagi bahawa itu salah kerajaan tetapi yang salah adalah mak bapak. Itulah perangai dan hati hitam mereka. Mereka tuduh orang UMNO curi balak. Sekarang puak perut hijau ni bukan setakat bukit dibotakkan gunung pun digondolkan. Dekat kawasan saya seorang konduktor bas saja yang menyokong pas telah buat rumah banglo besar tak sampai 2 tahun pas perintah sedangkan ketua UMNO yang puluhan tahun perintah masih rumah kayu lama. Inilah wajah hipokrit dan munafik mereka. Terbukti kebenaran ini daripada Hadis Rasulullah. Berdebat dengan puak ini sebenarnya amat membuang masa sebab mereka telah didoktrin untuk melihat keburukan orang semata-mata tanpa pernah sedar itu dilaknat Allah. Saya berani bercakap kerana seorang saudara saya sendiri adalah YB PAS dikedah ini. Akhlak dan perbuatan mereka tidak seindah yang dicakap dan dicanang dipentas ceramah yang dihadiri manusia-manusia rosak minda dan akal serta amat mudah diperbodohkan. Mereka fikir syurga dan neraka itu hak mereka yang boleh dijual beli macam pasar malam. Teruskanlah dedah perlakuan buruk puak-puak ini kepada seluruh masyarakat yang ramai masih waras berfikir. Biarkan mereka hidup dengan kedunguan dan kemunafikan selamanya. Apakah mereka tidak tahu bahawa orang munafik ini akan dihumban ke neraka lebih dahulu dari orang kafir. Apakah mereka tidak sedar bahawa golongan munafik ini diperangi. Rasulullah memerangi golongan munafik. masalahnya. adakah orang munafik itu tahu dan sedar bahawa mereka bersifat munafik. itu saja.
ReplyDeleteMKT, jemputlah ke
ReplyDeleteJemputan Ke
SIRI JELAJAH MALAYSIA 2012
DIALOG "NEGARA ISLAM" Bersama Hizbut Tahrir Malaysia
Tarikh: 14 Julai 2012 (SABTU)
Masa: 9.00 pagi - 01.00 ptg
Tempat: Dewan Kenangan, Hotel Raudah
Jln Maju, Kota Bharu, Kelantan
Ahli Panel:
[1] Ustaz Abdul Hakim Othman (Presiden HTM)
[2] Ustaz Abu Hafiz Ibrahim (AJK Pusat HTM)
Semua Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir
Masuk Adalah Percuma!
Yer...terima kasih atas jemputan ini. Mmg ianya nmpk menarik tp apsal la jauh sgt tu....
ReplyDelete