Keberangkatan tiba Ketua Pakatan Rakyat ke Langkawi sememangnya dinanti-nantikan. Pelbagai pihak sudahpun menyediakan hidangan samada dari bentuk pujian mahupun bentuk provokasi.
PAS Langkawi ada upacaranya tersendiri, PKR Langkawi pun begitu juga. Tidak ketinggalan UMNO Langkawi juga turut sama akan memeriahkan kehadiran Ketua Pakatan Rakyat ke Langkawi.
Yang sudah pastinya kehadiran beliau akan disambut hangat oleh pelbagai parti yang ada di Langkawi.
Apa yang MKT ingin bicarakan disini adalah kehadiran beliau ke Bukit Malut. Bukit Malut adalah tempat waris-waris hamba landasan Keretapi Maut pada zaman penjajahan Jepun dahulu. Kebanyakkan warga disini adalah terdiri daripada perkongsian hidup Melayu Kedah dengan warga Myanmar.
Jika tidak silap MKT pada tahun 1990, pihak Kerajaan bertindak menyelamatkan mereka daripada dianiaya oleh regim Myanmar dan ditempatkan dibeberapa tempat diseluruh negara termasuk yang di Bukit Malut ini.
Timbul pelbagai dakyah daripada parti pembangkang yang menuduh Kerajaan dengan pelbagai tohmahan. Tidak terkecuali warga penduduk Bukit Malut juga menerima tempiasnya.
Sekarang, setelah ditohmahnya dengan pelbagai fitnah, dibawanya pula Ketua Pakatan Rakyat dengan harapan dapat memujuk warga penduduk Bukit Malut memberi undi kepada Barisan Pakatan Rakyat.
Sudah pastinya akan ditabur pelbagai janji manis, pelbagai umpan, pelbagai perangkap disebalik senyuman beliau demi untuk menagih undi daripada warga disitu.
Sememangnya tiada peruntukkan undang-undang yang melarang beliau untuk hadir dimana-mana tempat di dalam negara ini tetapi MKT cuma khuatir sejarah bakal berulang kepada warga Bukit Malut sahaja. Dalam pada masa yang sama menempah sejarah baru di Langkawi dengan tindakan beliau itu.
Sememangnya tiada peruntukkan undang-undang yang melarang beliau untuk hadir dimana-mana tempat di dalam negara ini tetapi MKT cuma khuatir sejarah bakal berulang kepada warga Bukit Malut sahaja. Dalam pada masa yang sama menempah sejarah baru di Langkawi dengan tindakan beliau itu.
MKT tidak perlu mengulas kejadian Kampung Buah Pala, Pulau Pinang kepada warga Bukit Malut. Kerana MKT yakin mereka juga sudah mengetahui apa yang terjadi kepada perkampungan tersebut apabila termakan pujuk rayu, janji manis manusia ini.
MKT juga tidak perlu mengulas kepada warga Bukit Malut bagaimana hebatnya manusia ini yang mampu menipu satu dunia dengan cita-citanya merampas Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri pada 16hb September tahun yang lalu.
MKT juga tidak mahu mengulas lagi mengenai kehebatan manusia ini yang mampu menafikan kebenaran sedangkan nyata-nyata kebenaran itu didepan mata rakyat negara iaitu Misteri Jam Omega beliau.
Sebenarnya banyak lagi kemampuan beliau yang tidak perlu MKT senaraikan disini. Ini adalah kerana jika disenaraikan pun, masih ada juga para penjilat yang akan melalak kepada MKT. Oleh yang demikian, lebih baik ianya cukup sekadar itu sahaja.
Pandai-pandailah warga Langkawi dan warga Bukit Malut khususnya menilai karektor manusia yang bernama Anwar bin Ibrahim ini.
Wallahualam...
bro,
ReplyDeletekalo ada masa contact gua balik okey... ada benda nak sembang... tak pun tweet gua kat @kulaan_niring or what ever communication yang ada...
Rasa buang masa layari internet tanpa hasil pulangan dan sebaliknya asyik membayar fi broadband setiap builan? Sila layari web ini untuk mendapat pendapatan sampingan bulanan.:-
ReplyDeletehttp://yunusalias.stiforpmy.com/