.

.

Pages

DARI LANGKAWI... MASTERMIND YANG KECUNDANG

Tuesday, July 17, 2012


Lagi kisah mastermind Mat Rempit Langkawi. Masih ada lagi penjilat-penjilat tegar Pakatan Rakyat Langkawi yang tetap dengan tuduhan bahawa Ketua Pemuda UMNO Langkawi adalah sebagai dalang diatas kejadian kacau ganggu Program Merdeka Rakyat anjuran PKR Langkawi pada 13 Julai 2012.


MKT tegaskan disini, mastermind atau perancang agenda tersebut datangnya daripada golongan ahli-ahli PAS yang berhaluan kiri iaitu golongan ahli yang BUKAN penyokong Anwarinas.

Cuba anda semua bayangkan secara logik akal. Tiada pernah hatta satu pun program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini telah diganggu oleh pihak UMNO ataupun mana-mana NGO yang ada di Langkawi.

Antara yang pernah datang ke sini ialah Timbalan Presiden PAS iaitu Mat Sabu; Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz; Menteri Besar Kedah iaitu Ustaz Azizan dan tidak lupa juga kehadiran daripada PKR iaitu Datuk Saifuddin Nasution dan Tian Chua, tidak pernah pula pihak-pihak ini membuat kejadian yang sebegini hina.

Cuba fikir sejenak, jika pemimpin hebat diatas tidak diganggu program mereka, mengapa pula pihak UMNO Langkawi ataupun mana-mana agensi lain cuba menganggu program Datuk Seri Anwar? Melainkan ada bantahan secara senyap-senyap oleh penyokong PAS yang menentang Anwarinas.

Jadi, hentikanlah membuat tuduhan yang melulu. Ukur baju dibadan sendiri lebih baik ukur baju dibadan orang lain. 

Wallahualam...

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.