.

.

Pages

ULAMA MEKAH PUN TOLAK CARA PERJUANGAN PAS

Monday, May 28, 2012



Beliau adalah pensyarah di Universiti Ummul Qura, Mekah juga memegang jawatan Ketua Majlis Pentadbiran Pejabat Dakwah dan Kesedaran Islam di Mekah selain menganggotai Majlis Fatwa Masjidil Haram Mekah. Beliau merupakan pakar fahaman syiah sebagai bidang kajiannya dan memperolehi Doktor Falsafah berkaitan fahaman tersebut. 

Beliau berada di Malaysia atas lawatan peribadi selama 8 hari. Menariknya beliau berpendapat bahawa perkembangan syariah di Malaysia adalah baik kerana segala aspek kehidupan dan bidang pembelajaran di Malaysia berjalan rancak. 




Pesanan beliau kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam agar menjaga negara ini baik-baik dan ianya adalah suatu amanah yang wajib dilaksanakan. Beliau turut menyeru agar perpaduan dikekalkan dan mengelakkan perpecahan kerana musuh-musuh Islam sentiasa mengintai-ngintai peluang untuk merosakkan umat Islam di negara ini.

Sebelum ini PAS turut di bidas oleh sebuah akhbar harian berbahasa Cina kerana hanya menumpang jasa DAP dalam mengembangkan pengaruh politik di luar pantai timur. DAP berjaya meningkatkan jumlah undi pengundi Cina kepada PAS tetapi PAS tidak berjaya memberikan undi majoriti Melayu kepada DAP. 

Pendekata menurut pendapat yang dikemukakan dalam suratkhabar tersebut, PAS bukanlah sekutu politik (kuda tunggangan) yang baik dan bermanfaat kepada DAP. 

Adakah PAS akan sedar mengenai kemerosotan populariti mereka akibat sikap kepuraan dan opurtunis mereka selama ini? Adakah PAS sanggup menyahut seruan perpaduan yang disarankan oleh Sheikh Dr Sulaiman Saloomi atau PAS akan tetap mengatakan bahawa beliau tidak layak memberikan pendapat?

Adakah selepas ini beliau juga akan dilabel ulama yang sudah dibeli oleh UMNO?

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.