Aktivis pelajar, Khalid Ismath berkata beliau tidak tahu menahu mengenai kejadian anggota polis ditendang ketika perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu.
Malah, beliau juga tidak berada di tempat kejadian pada waktu berkenaan seperti yang didakwa akhbar, katanya ketika menceritakan semula pengalamannya memimpin kumpulan siswa dalam perhimpunan tersebut.
Khalid berkata, beliau sangat kesal dengan tindakan media yang menyiarkan tuduhan tersebut tanpa usul periksa.
"Mengenai kes pijak polis tu memang saya tak tahu sehinggalah saya balik rumah.
"Saya kesal dengan media arus perdana dan polis yang tak boleh beza yang mana betul dan yang mana salah sampai saya menjadi mangsa. Saya tak boleh ke kuliah, dapat SMS yang mengutuk, memaki saya.
"Perkara ini mencemarkan maruah dan reputasi saya sebagai mahasiswa dan keluarga saya," katanya dalam wawancara denganMalaysiakini minggu lalu.
Dakwaan tersebut, berserta gambar antara lainnya disiarkan akhbarUtusan Malaysia dan Kosmo!
Khalid menafikan bahawa beliau merupakan individu dalam gambar yang disiarkan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar terbabit.
Jelasnya, pada waktu insiden menendang anggota polis itu didakwa berlaku, beliau berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mengunjungi ibunya.
Ibunya, Faridah Abdull dimasukkan ke wad di hospital itu setelah mengalami cedera akibat dipijak di satu lokasi berlainan di perhimpunan tersebut.
"Tembakan (berlaku) kira-kira pukul 2 petang, saya sampai ke hospital sebelum Asar.
"Saya memang berada di hospital sampai dalam pukul 12 tengah malam. Sampai mak saya dimasukkan ke wad," katanya.

0 ulasan:
Post a Comment