MENGAPAKAH PENYELEWENGAN INI TIDAK MENDAPAT MEMBUKA MINDA PARA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT? ADAKAH KERANA KETAKSUBAN YANG TELAH MEMBUTAKAN MATA DAN HATI MEREKA?
INILAH AKIBATNYA JIKA KERAP MENGGUNAKAN OTAK DI LUTUT MELEBIH OTAK DI ATAS KEPALA. SEHINGGAKAN KEBATHILAN DIDEPAN MATA AKAN DIAKUI SEBAGAI PERKARA BENAR.
UNTUK MAKLUMAN, MADRASAH SALIHIAH KANGCHUT YANG SELAMA INI MENGHANTUI KERAJAAN PAS KEDAH SUDAHPUN DIROBOHKAN WALAUPUN TIADA MENDAPAT KELULUSAN DARI MAHKAMAH.
BEGITU JELAS YANG PAKATAN RAKYAT TIDAK LANGSUNG MEMANDANG HATTA SEBELAH MATA PUN UNDANG-UNDANG YANG TELAH TERMAKTUB DIDALAM PERLEMBAGAAN.
APATAH LAGI DENGAN PEMBONGKARAN PENYELEWENGAN INI?
PETALING JAYA : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dituntut memberi penjelasan kepada rakyat Kedah berhubung projek bernilai lebih daripada RM600 juta di negeri itu yang dibangunkan tanpa tender terbuka.
Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata penjelasan mengenai dua projek yang dikenali sebagai Aman Central dan Amansuri Residences itu perlu kerana ia melibatkan tanah milik kerajaan negeri dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Buku Jingga yang diperjuangkan Pakatan Rakyat (PR).
Menurut Tan, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang dipengerusikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak diwartakan untuk membangunkan kedua-dua projek telah menjalinkan perjanjian usahasama dengan sebuah syarikat persendirian Belleview Group Company dari Pulau Pinang.
“Tiada tender terbuka dibuat oleh kerajaan negeri Kedah sebelum memasuki perjanjian usahasama bagi projek RM500 juta Aman Central dengan syarikat terbabit.
“Perkara yang sama berlaku untuk projek Amansuri Residences bagi membangunkan 277 unit kondominium bernilai RM109.55 juta membabitkan usahasama anak syarikat PKNK dan syarikat yang sama dari Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan memorandum kepada Anwar di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), dekat sini, Jumaat.
Memorandum kemudiannya diterima oleh wakil dari pejabat Anwar, Najwan Halimi.
Tan berkata, memorandum diserahkan kepada Anwar, bukan kepada Azizan sendiri selepas kerajaan negeri Kedah enggan mengulas lanjut, malah bersikap berdolak-dalih dalam menjawab isu ini.
“Dua minggu lepas kami telah beri peluang kepada kerajaan negeri untuk bagi penjelasan, tapi Datuk Seri Azizan kata beliau tak akan melayan dakwaan dan tidak akan mempedulikan hal ini…beliau kata projek sudah jalan dan tak boleh diganggu.
“PAS tak berminat nak jawab, kita terus bawa kepada ‘bos’ mereka,” katanya.
Katanya, rakyat Kedah tidak dapat menerima jawapan tidak kukuh Azizan yang menyatakan pendirian bahawa projek tersebut tidak perlu diadakan tender terbuka kerana ia projek swasta.
“Sedangkan kerajaan PR melalui Buku Jingga yang dilancarkan tahun lepas berjanji akan melaksanakan tender terbuka bagi semua projek di bawah pentadbiran mereka.
“Mengapa (Kedah) tak perlu tunaikan janji-janji dan dikecualikan daripada membuat tender terbuka untuk projek bernilai lebih RM600 juta ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau juga inginkan penjelasan tentang tindakan yang akan diambil oleh kerajaan PR bagi membetulkan keadaaan ini.
Jelas beliau, jika perkara ini masih tidak dapat diperjelaskan kepada umum, ia menunjukkan pentadbiran kerajaan PR yang tidak menghiraukan aduan rakyat.
“Rakyat Kedah ingin tahu apakah yang sedang berlaku sekarang dan apakah polisi sebenar PR di Kedah. Kalau tak jelaskan juga, rakyat akan tahu pendirian kerajaan dalam isu ini. Adakah Buku Jingga hanya retorik dan untuk raih undi sahaja,” tegasnya.
Ditanya sama ada projek terbabit mempunyai kaitan dengan keistimewaan atau kepentingan peribadi, beliau menjawab:
“Saya tak tahu. Hanya Datuk Seri Anwar yang boleh jawab dan beri penjelasan,” katanya.
MAMPOS AKU.... |
0 ulasan:
Post a Comment