.

.

Pages

DESAKAN KERANA HILANG KEYAKINANKAH?

Wednesday, May 9, 2012

LAST OPTION FOR PAS?
Pas kawasan Kuala Kedah mendesak Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah supaya tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah serentakjika Parlimen dibubarkan, selagi kerajaan tidak menunaikan tuntutan Bersih 3.0 terutama membabitkan daftar pemilih.


MKT bersetuju dengan saranan salah seorang blogger Team Media Kedah yang mengatakan jika bubar DUN bila-bila masa pun tidak mengapa, kerana jika rakyat sudah mula benci dengan pelbagai karenah Pakatan Rakyat, bubar awal pun akan kalah juga. Begitu juga dengan sebaliknya.

Yang Dipertua PAS Kuala Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, Pas kawasan Kuala Kedah menyatakan pendirian itu setelah mendapat undian majoriti yang bersetuju dengan usul itu kerana berlaku pertambahan yang mendadak dalam senarai daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2012yang dibentangkan Rabu lalu.

“Kita ambil serius isu ini memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin hampir.

“Jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, kita mahu Kedah tidak bubarkan Dun serentak kerana kita mempunyai alasan yang kukuh menolak pilihan raya diadakan serentak dengan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya, selepas Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kuala Kedah ke-38, yang dirasmikan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Hadir sama, Timbalan Yang Di Pertua, Datuk Ir Amiruddin Hamzah; Naib Yang Di Pertua, Mohd Nasir Mustafa; Ketua Pemuda Pas Kuala Kedah, Mohd Azizi Abdullah serta Setiausaha, Aris Awang.

Menurutnya, pihaknya meragui kewujudan lebih 900 pengundi baru yang didaftarkan dalam kawasan Dun Kubang Rotan bawah Parlimen Kuala Kedah, kerana ianya melebihi peningkatan sebanyak 12 peratus.

“Pertambahan ini mendadak dan terlalu banyak dalam Dun Kubang Rotan, berdasarkan pengalaman lepas, tidak mungkin pertambahan melebihi 12 peratus. Ia amat diragui dan jentera parti akan membuat semakan, seterusnya membuat bantahan jika ada keperluan,” katanya.

Phahrolrazi yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, pihaknya masih belum berpuas hati dengan daftar pemilih sedia ada kerana masih banyak timbul keraguan walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui telah membuat pembersihan daftar pemilih.

Ini semuanya adalah alasan lapuk Pakatan Rakyat. Dari dahulu sehinggalah sekarang. Pernahkah Pakatan Rakyat berpuas hati dengan daftar pemilih? Cuba bayangkan, sudah memenangi hampir 1/3 dari negara dan masih lagi tidak berpuas hati. Itu namanya mereka-mereka ini adalah terdiri dari golongan yang tidak tahu bersyukur.

“Usul ini yang juga pendirian Pas kawasan akan dikemukakan kepada Pesuruhjaya Pas Kedah yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam masa terdekat. Kita serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan Pas Kedah untuk membuat pertimbangan,” katanya, yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah.

Ini juga satu ujian kepada Ustaz Azizan dimana beliau hendak tengok sejauhmanakah kesetiaan Ustaz Azizan. Jika Ustaz Azizan menolak maka ternyata Ustaz Azizan masih lagi seperti pertelingkahan yang lalu iaitu akan menolak segala pendapat beliau.

Menurutnya, cadangan usul ini dikemukakan berikutan Pas Kedah belum menetapkan pendirian sama ada akan mengadakan PRU13 secara berasingan atau serentak, selepas Parlimen bubar.

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.