HELLO...ANYBODY HOME?...SARANAN YANG BEGITU KETARA YANG DILAKUKAN OLEH KEPIMPINAN TERTINGGI PAKATAN RAKYAT. MENGADU NASIB MEREKA KEPADA SUHAKAM AGAR MENDAPAT PEMBELAAN. SEDANGKAN SATU DUNIA TAHU PEMBABITAN PAKATAN RAKYAT DIDALAM AGENDA NGO BERSIH 3.0 BARU-BARU INI.
MENGAPA TIDAK PULA ADA SESIAPA DARI NGO MAUPUN PAKATAN RAKYAT YANG MENGADU KEPADA SUHAKAM AKAN KEZALIMAN DAN KEKEJAMAN ANJING-ANJING BERSIH 3.0 TERHADAP HARTA-HARTA DAN PENJAWAT AWAM?
BUKANKAH TUAN IBRAHIM TUAN MAN TELAH MENAFIKAN PEMBABITAN PAKATAN RAKYAT SECARA MUTLAK DAN MENUDING JARI KEPADA NGO BERSIH 3.0 SAHAJA?
JADI, MENGAPA PERLU TAKUT MENGHADAPI SEGALA PERTUDUHAN DAN SEMEMANGNYA DILAKUKAN OLEH PESERTA-PESERTA BERSIH DAN SI AMBIGA JUGA TELAH MENGAKUI DENGAN BUKTI BERGAMBAR DAN BERCETAK YANG MENGAKUI BELIAU TELAH GAGAL MENGAWAL ANJING-ANJING BELAANNYA ITU?
SHAH ALAM, 30 APR : Pakatan Rakyat menyokong saranan dibuat Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) supaya satu jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan wujudnya provokasi polis hingga tercetusnya tindakan ganas pihak berkuasa itu terhadap peserta yang menyertai perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Saranan tersebut dibuat Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung penubuhan jawatankuasa tersebut apabila berlaku insiden tidak diingini melibatkan peserta Bersih 3.0 dengan pihak polis dalam usaha mereka melepasi halangan untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi TVSelangor berkata pihaknya bersetuju dengan cadangan dibuat jawatankuasa BERSIH supaya siasatan secara menyeluruh dapat dilakukan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
“Saya fikir tindakan ganas polis ini terhadap peserta yang menyertai Bersih 3.0 perlu diberi perhatian dan perlu ditubuhkan satu jawatankusa bagi menyiasat perkara ini. Saya bersetuju apa yang dicadangkan jawatankuasa Bersih untuk Suhakam menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat tindakan ganas polis yang di luar bidang kuasa dan batas perundangan,” katanya.
Menurutnya, tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menghalang rakyat daripada menggunakan Dataran Merdeka bagi tujuan perhimpunan Bersih 3.0 itu adalah menjadi punca terhadap segala kekecohan yang berlaku.
Katanya, polis melakukan provokasi terhadap rakyat yang berlegar di sekitar kawasan yang hampir dengan Dataran Merdeka.
“Suasana sebegini menimbulkan kemarahan rakyat dan tercetuslah keadaan kecoh yang dapat kita lihat polis bertindak di luar peraturan sedia ada. Sebenarnya rakyat dilarang masuk ke Dataran Merdeka tetapi rakyat tidak dilarang berhimpun di tempat-tempat lain. Kalau kita tengok tindakan polis seperti di kawasan Menara Maybank, Masjid Jamek dan Masjid Negara hingga mengejar dan menyemburkan gas pemedih mata kepada peserta adalah di luar kawasan yang telah digazetkan oleh mahkamah.
“Jadi kita tengok tindakan polis ini telah melampaui had yang dibenarkan mahakamah dan rakyat sendiri telah turun dan melihat suasana provokasi yang ditimbulkan oleh polis,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya pihak berkuasa seperti DBKL tidak menghalang perhimpunan Bersih 3.0 dibuat rakyat itu maka pastinya tiada sebarang insiden tidak diingini yang akan berlaku.
“Perhimpunan Bersih 3.0 ini adalah anjuran badan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya didalangi pihak pembangkang maka kerajaan sewajarnya memberi perhatian dengan mendengar suara rakyat yang inginkan perubahan di negara ini,” katanya.
KESIMPULANNYA, PENGANJUR BERSIH KALI INI SEMEMANGNYA AKAN 'GAME OVER' DISEBABKAN TIDAK MENGAWAL ANJING-ANJING MEREKA DARI MEMBAHAM ORANG LAIN.
0 ulasan:
Post a Comment