MKT TIDAK MENAFIKAN BAHAWA SUDAH TERLALU BANYAK CERITA-CERITA LAMA MENGENAI FASHA SANDHA TELAHPUN DIKETAHUI UMUM. MAKA SEPERTI BIASA ADA RAKYAT MALAYSIA YANG TELAH MENGGUNAKAN GELUK JAMPI UNTUK MENABUR FITNAH DEMI FITNAH AGAR NAFSU MEREKA DAPAT DIPUASKAN.
Pelakon Fasha Sandha melahirkan rasa kecewa dan sedih apabila berita kegembiraan kehamilannya dipertikaikan beberapa pihak termasuk mendakwa dia telah "projek" di luar negara sebelum ini.
Fasha, 28, yang mengesahkan dia ‘bunting pelamin' baru-baru ini memberitahu, dia dan suami, Rizal Ashram Ramli tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terus menyebarkan fitnah ke atasnya.
“Tak mungkin kami nak membazir duit buat majlis sebesar itu. Habis tetamu yang hadir dan saksi majlis akad nikah itu siapa? Apa? Ingat kami suka-suka nak berlakon begitu?
“Cubalah fikir cara logik. Pernikahan bukan boleh dibuat main-main. Janganlah suka-suka nak buat cerita yang bukan-bukan.
“Mereka faham tak apa itu bunting pelamin? Saya tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan dakwaan yang tidak masuk akal itu,” katanya tegas.
MKT RASA SIA-SIA SAHAJA USAHA FASHA MENAFIKAN SEGALA TOHMAHAN ITU. KERANA MULUT MANUSIA NI AMAT PAYAH HENDAK MENUTUPNYA.
SELAGI ADA MANUSIA YANG IRI HATI PADANYA, SELAGI ITULAH FITNAH INI AKAN BERTEBARAN DIPELUSUK MALAYA.
SABARLAH....
0 ulasan:
Post a Comment