MKT berasa pelik kerana kebanyakkan wanita, anak gadis di negara ini begitu susah sangat hendak menutup aurat. Ada yang bertudung tetapi terbiar dibawahnya. Ada pula yang terbiar diatas tetapi menutup dibawahnya. Dan ada pula yang bertutup diatas tetapi sendat sangat tutup bawahnya.
Bukanlah maksud MKT mahukan setiap wanita di negara ini bertutup penuh seperti ninja baru balik dari operasi tu. Cuma biarlah kena dengan syariatnya.
Menutup aurat bagi wanita adalah wajib seperti yang telah difirmankan oleh ALLAH SWT di dalam Al Quran dan tiada lansung KHILAF oleh Para Ulama tentang hukum ini. Hukum menutup aurat sama seperti wajibnya hukum solat fardu 5 waktu kepada yang tidak mematuhi ada hukuman yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT sebagaimana ditunjukkan kepada Rasulullah SAW ketika Mikraj ke Sidratul-Muntaha iaitu “Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain“.
Cuma kita jangan berkeras dengan wanita yang belum bertudung dakwah secara hikmah dan terus berdoa tanpa henti semuga ALLAH SWT memberi hidayah kepada mereka. Manusia tiada kuasa mengubah manusia melainkan dengan izin ALLAH SWT. Bagi wanita yang belum bertudung mesti ada azam yang kuat dan faham akan hukum yang bakal diterima kelak bukan hanya bersenang menunggu seru untuk menutup aurat kerana setiap saat aurat terdedah bukan sahaja wanita tersebut menanggung dosa malah bapa dan suami juga menanggung dosa tersebut. Dakwah juga mesti terus dilakukan kepada wanita yang bertudung tetapi tidak menutup aurat kerana tidak mengikut syariat menutup aurat yang betul.
Fahami firman ALLAH SWT dalam Surah An Nur ayat 31
“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung“.
Bertudung tidak semestinya menutup aurat jika tidak mengikut tertip menurut aurat yang betul. Berdasar ayat ini adakah ini bermakna wanita yang tidak menutup aurat samada bertudung atau tidak bertudung itu tidak beriman?
MKT letakkan contoh pakaian wanita Muslimah (bukan cara Muslimah PAS).
SUMBER : BLOGGER INI
0 ulasan:
Post a Comment