.

.

Pages

ADAKAH PENYOKONG PAS AKAN MENAFIKANNYA JUGA?

Sunday, May 27, 2012


Baru-baru ini, timbul kekecohan mengenai isu “Perdana Menteri dari kalangan bukan Islam” apabila Pengerusi DAP menegaskan tentang perjuangannya yang mahu melihat seorang yang bukan Melayu Muslim menjadi Perdana Menteri di Malaysia sebelum ajalnya tiba.

Kemudian, Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib pula membalas kenyataan Karpal itu dan membantah sekeras-kerasnya perjuangan Pengerusi DAP tersebut meskipun menyedari bahawa perlembagaan negara membenarkan seorang yang bukan Islam menjadi Perdana Menteri.

Dalam kenyataannya, Harun Taib menegaskan bahawa dia hanya redha dan bersetuju untuk seorang Melayu Muslim untuk menjadi Perdana Menteri. Individu yang lain dari Melayu Muslim, dia bantah dan tidak redha.

Tiba-tiba, saya rasa terkasima dengan kenyataan Harun Taib itu. Dari kenyataan bantahannya kepada Karpal, secara tidak langsung Ketua Dewan Ulama PAS itu sokong dan redha dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri!

Secara mantiknya, sekiranya Harun Taib tidak menyokong, membantah dan tidak meredhai seorang Perdana Menteri dari kalangan bukan Islam, sudah tentu dia perlu menyokong, bersetuju dan meredhai seorang Perdana Menteri berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Jelas sekali bahawa Najib adalah seorang Perdana Menteri yang berbangsa Melayu dan beragama Islam sebagaimana syarat sokongan yang dinyatakan oleh Ketua Dewan Ulama PAS tersebut!

Dari itu, maka wajarlah Harun Taib dan semua ahli Dewan Ulama PAS memberikan “bai’ah” kepada Datuk Seri Najib serta memberikan taat setianya kepada pimpinan Perdana Menteri itu sebagaimana yang diseru oleh agama Islam yang sebenar.

Persoalannya, apa perlunya PAS terus bersekongkol dengan Pakatan Haram memandangkan DAP mahu seorang Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu dan bukan Islam?

Sejak dari zaman merdeka lagi, parti Perikatan mahupun Barisan Nasional tidak pernah melantik seorang pun dari kalangan bukan Melayu Muslim sebagai Perdana Menteri. MCA, MIC atau parti-parti komponen BN tidak pernah komplen pun.

Tapi Pakatan Haram, biar pun belum berjaya membentuk kerajaan, mereka sudah berura-ura untuk menjadikan seorang bukan Melayu Muslim sebagai Perdana Menteri. Redhakah PAS dengan kehendak DAP itu?

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang enggan memberikan sebarang komen mengenai kehendak DAP tersebut. Mungkin Hadi “terasa hati” dan sama tidak bersetuju untuk mempunyai Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu Muslim.

Jadi, apa kurangnya dengan Najib? Najib Melayu dan dia juga seorang Muslim yang baik.

Sepatutnya, individu seperti Harun Taib dan Hadi Awang perlu bantu Najib mentadbir negara ini dan bukan cuba untuk menjatuhkannya. Itu seruan Rasulullah SAW dan saya percaya bahawa Harun dan Hadi pun sedar mengenai perkara ini.

Sepatutnya, Harun, Hadi, Nasharuddin dan beberapa lagi pemimpin PAS (kecuali Mahfuz dan Mat Sabu) patut berada di kiri kanan Najib, Muhyiddin, Mukhriz dan kepimpinan UMNO yang lain untuk mempertahankan pentadbiran sebuah kerajaan Islam.

Mengapa perlu muzakarah? Sedangkan PAS mengambil keputusan untuk bersekutu dengan DAP tanpa perlu sebarang syarat atau muzakarah pun! Apakah kerana PKR memujuk PAS dengan menjanjikan “bulan dan bintang”?

Jika PAS percaya kepada janji-janji Anwar, mungkin PAS boleh dikatakan terlalu naif. PAS ingat tentang “16 September” dan pelbagai isu moral Anwar yang terpaksa dipertahan oleh PAS sehingga hilang sokongan dari ahli sendiri?

Bukanlah saya mahu sangat PAS bersekutu dengan UMNO. Saya hanya mahu perpaduan di kalangan umat Islam yang kini berpecah kerana politik dapat dicantum semula.

Sebenarnya, bukan susah pun untuk “buang yang keruh dan ambil yang jernih”. Cuma mungkin kerana “dendam”, “buruk sangka”, “ego” dan “niat tidak bersih” maka PAS terus menerus memisahkan umat Islam di negara ini dengan kepentingan politik yang menebal itu.

Berubahlah PAS sementara masa masih ada. Kalau benar PAS berkreadibiliti, sekurang-kurangnya parti itu perlu buktikan bahawa mereka memang benar-benar memperjuangkan Islam dan bukan hanya memperguna atau memperalatkan nama Islam, kan?

SUMBER : BLOGGER INI

1 ulasan:

Anonymous said...

Allah Maha Besar. sikit demi sikit Dia tunjukkan helah muslihat kafir harbi ni, supaya semua umat Islam sama ada Pas ke BN dapat lihat dan faham agenda busuk mereka, iaitu merampas hak kita. Na'uzubillah.

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.