Mana ada sesiapapun dalam dunia ini sanggup beri hutang dalam satu jumlah yang banyak selepas itu pemiutang minta agar dilupuskan begitu sahaja?
Mengapa PTPTN yang perlu diberi perhatian? Mengapa tidak kepada pinjaman JPA, MARA dan Yayasan Negeri? Adakah pinjaman tersebut tidak menggunakan wang rakyat?
Jika perlu dihapuskan PTPTN, MKT syorkan agar dihapuskan juga Pinjaman TEKUN, Amanah Ikhtiar dan segala pinjaman yang ada.
Barulah adil, kan?
Mengapa Pakatan Rakyat beria-ia sangat hendak menghapuskan pinjaman PTPTN ini?
Ini disebabkan majoriti para peminjam tersebut terdiri daripada golongan yang berbangsa Cina iaitu sebanyak 8,000 lebih orang.
Oleh yang demikian, apabila pihak Pakatan Rakyat dapat rasakan yang sokongan dari golongan bangsa Cina sudah mula beralih kepada Kerajaan/BN maka PR terpaksa mencipta satu daya penarik yang baru untuk menarik kembali sokongan masyarakat Cina.
Direkalah satu manifesto iaitu 'Menghapuskan PTPTN' walaupun hakikatnya mereka tahu ianya akan mendatangkan kesan yang buruk kepada Kerajaan pada masa hadapan. Kantung hasil dari Perbendaharaan negara akan susut teruk dan akibatnya bakal mencetuskan kembali krisis kewangan yang lebih teruk dari 1999.
Jika ditakdirkan PR memerintah selepas PRU ini ataupun selepasnya, kerajaan PR akan mudah meletakkan segala kesalahan ini kepada BN/UMNO padahal mereka akan sengaja buat-buat lupa bahawa merekalah pencetus krisis kewangan yang sebenarnya.
Inilah tata susun cara pemerintahan Pakatan Rakyat jika memerintah negara. Tiada apa-apa yang mampu dilakukan melainkan hanya menuding jari kepada pemerintah yang lepas.
Sebaliknya jika mereka ini adalah pemerintah yang baik dan benar-benar berkhidmat untuk rakyat, sepatutnya mereka berusaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan bukannya hanya menuding jari sahaja kepada orang lain.
Buktinya pun sudah jelas didepan mata apabila Pakatan Rakyat memerintah negeri-negeri yang baru ditawannya. Segala permasalahan negeri akan dituding kepada BN.
Tidak perlulah kita menaruh harapan kepada yang belum lagi membuktikan kehebatannya. Ibarat terdengar guruh di langit, air di tempayan sudah dicurahkan.
0 ulasan:
Post a Comment