.

.

Pages

AKIBAT PLURALISME!!..PASANGAN GAYS PERTAMA ISLAM TELAH BERKAHWIN

Friday, April 13, 2012


Apa sudah terjadi kepada umat Islam sekarang? Apabila nafsu diletakkan menjadi keutamaan didalam kehidupan, inilah hasilnya.

Sudah jelas didalam Al-Quran, hubungan sesama jantina adalah perbuatan terkutuk tetapi ada juga seorang imam merestui dan mengahwinkan kedua-dua pasangan Islam di sebuah masjid di Afrika Selatan


Zahed Ludovic Mohamed, seorang lelaki Perancis yang berasal dari Algeriadan Qiyam al-Din dari Afrika Selatandilaporkan berkahwin selaras dengan syariah (undang-undang Islam) di hadapan seorang imam Mauritius bernama Jamal pada 12 Februari2012, mengikut laporan Albawbaba pada 2 April lalu.



Zahed telah berkongsi cerita dengan TV Perancis 24 bagaimana dia bertemu Din tahun lepas pada konvensyen AIDS di Afrika Selatan."Saya berada di dalam dewan kuliah apabila seorang imam, yang kebetulan adalah gay sendiri, memperkenalkan saya kepada Din. Kami mendapati yang kami mempunyai banyak persamaan dan kekaguman bersama ini dikukuhkan lagi dengan  membuat keputusan untuk berkahwin dan ia lebih mudah memandangkan undang-undang Afrika Selatan membenarkan hubungan sejenis,"katanya.


Selepas perkahwinan yang diurus oleh keluarga Din selesai, pasangan itu kemudian mengambil keputusan untuk pulang ke Perancis dan menetap di pinggir bandar Paris, dengan harapan kerajaan Perancis akan mengiktiraf perkahwinan mereka, malangnya pihak berkuasa Perancis enggan.Perkahwinan di sebelah keluarga Zahed diadakan di sebuah rumah sederhana di Servon di pinggir Paris, dan telah dihadiri oleh ibu bapa dan beberapa kawan rapat.

Pasangan itu tidak bercadang untuk pergi ke sebuah negara Arab atau Islam kerana takut didiskriminasi."Kami mahu tinggal di Perancis, kerana suami saya benar-benar suka negara ini.Walau bagaimanapun, jika ianya menjadi mustahil kami akan kembali ke Afrika Selatan semula".

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.