.

.

Pages

RAKYAT KEDAH MAHUKAN PENJELASAN!!....SILA JAWAB @NajibRazak

Tuesday, April 3, 2012

Assalamualaikum...

Kes sudah hampir seminggu tetapi mengapa Kerajaan PAS Kedah terutamanya Ustaz Azizan mendiamkan diri? Adakah kerana ianya perkara benar dan tidak mampu hendak menangkis segala pendedahan dari Team Media Kedah? 

Dimanakah para-para exco yang bijaksana yang baru-baru ini mengangkat sumpah akan membantu Menteri Besar Kedah? KLIK SINI


Kemelut ini bagaikan duri dalam daging Kerajaan PAS Kedah dimana mereka tahu jika dihebahkan maka akan terbuktilah yang PAS adalah sebuah parti yang 'CHOKIA' iaitu tidak mampu untuk mentadbir hatta sebuah daerah pun. Apatah lagi sebuah negeri...


Kesilapan rakyat Kedah memberi peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negeri ini dan tidak mustahil pada satu hari nanti negeri Kedah akan tergadai keseluruhannya.

Tetapi di sudut pandangan lain, ada hikmahnya juga Pakatan Rakyat memerintah negeri ini. Kerana sudah terbukti Pakatan Rakyat hanya tahu 'bertanam tebu di tepi bibir sahaja'. 

Apa-apapun MKT dan rakan-rakan yang lain mahukan penjelasan dari Kerajaan PAS Kedah berkenaan isu saman 3 juta itu. Mungkin para-para juak Pakatan Rakyat mampu untuk memberikan maklumbalas dan mempertahankan kredibiliti Kerajaan PAS Kedah.

Tetapi bukankah lebih molek jika Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar sendiri yang memberi penjelasannya.


0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.