.

.

Pages

PENHINAAN ISLAM DARI PROKSI ANWAR?

Monday, April 9, 2012


Seorang ahli politik Belgium telah mencetuskan kemarahan umat Islam apabila memulakan kempen "Wanita Menentang Islamisasi" dengan menampilkan anak perempuannya berusia 19 tahun yang memakai burka dan bikini.


Filip Dewinter, pemimpin dari parti Vlaams Belang menggunakan gambar anak perempuannya An-Sofie Dewinter yang mengenakan bikini biru gelap dan burka untuk kempen politiknya. Remaja memakai burka yang meliputi kepala dan mukanya, manakala bahagian badannya yang lain hanya ditutupi oleh coli dan seluar dalam.

Imej provokatif itu memarakkan lagi ketegangan dalam kalangan kumpulan nasionalis dan Islam di negara yang terbahagi kepada beberapa kaum.


Poster yang memaparkan gambar anak Dewinter turut tertera tulisan "Kebebasan atau Islam?". Frasa itu tertulis merentasi dada anak Dewinter. Di bahagian alat sulitnya, tertulis frasa "Anda pilih!". 

Pelampau parti Vlaams Belang itu mendakwa bahawa dia mahu meyakinkan wanita untuk mengambil pendirian terhadap Islam.

Anak Dewinter memberitahu akhbar Belgium bahawa dia tidak berasa dipergunakan oleh parti politik itu.

Dia berkata: "Saya mencadangkan (poster) diri saya sendiri."

Katanya lagi: "Apakah yang bertentangan dengan niqab? Bogel."

"Kempen ini sangat sesuai dengan apa-apa yang saya rasakan mengenai keseluruhan isu ini. Sebagai wanita, kita mesti memilih: Kebebasan atau Islam."


Pendirian orang-orang Melayu Islam di dalam UMNO adalah jelas. Perilaku ini akan dikutuk oleh Duta Malaysia di Belgium. Tetapi apa pula reaksi orang-orang Islam PAS mengenai agenda pluralisme Anwar?

Inilah yang akan terjadi jika PAS masih lagi lena didalam buaian Pakatan Rakyat yang jelas-jelas menyokong pluralisme Islam.


0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.