Paku dulang paku serpih, mengata UMNO tetapi Pakatan Rakyat yang berlebih-lebih. Ingatkan sudah Islam sangat parti Islam PAS mentarbiyah rakan-rakan DAP dan PKR. Tetapi PAS tetap HAMPAS yang tiada guna langsung untuk menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia ini.
Baru-baru ini juak-juak Pakatan Rakyat terutamanya PAS begitu hebat mencerca dan memperlekehkan Kerajaan negeri Melaka kerana menetapkan saman sebanyak RM25.00 kepada penari-penari tiang yang ditangkap oleh penguatkuasa agama negeri.
Tetapi apa pula Kerajaan negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat lakukan kepada kelab-kelab malam yang menawarkan tarian tiang yang sudah pastinya ditarikan oleh wanita-wanita yang jelas kurang kainnya? Tiada tindakan langsung dari pejabat agama negeri.
Pendedahan dari blogger ini adalah kejadian yang benar dan masih lagi beroperasi di Pulau Pinang. Tambahan lagi, ianya di dalam kawasan Permatang Pauh. Siapakah yang menjadi ahli Parlimen Permatang Pauh? Bukankah tuan Guru ajaran Pluralisme?
Jangan kata di Pulau Pinang sahaja...malahan di Kedah pun MKT rasa sudah ada terutamanya di Sungai Petani. Jabatan Agama Islam negeri Kedah tak buat pemantauan ka?
Inilah bahananya bila beri kuasa kepada yang bukan ahlinya dan tiada kepakaran dalam mentadbir negeri dan negara. Lingkup dari segi moral, sosial dan iman rakyat jelata.
0 ulasan:
Post a Comment