Assalamualaikum...
Manusia semakin hari semakin kejam. Kejam sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi untuk memuaskan nafsu masing-masing. Termasuklah nafsu makan.
Untuk menghasilkan makanan yang kononnya eksotik, sebilangan besar haiwan-haiwan telah diperlakukan dengan kejam, dibunuh dan ada kalanya dipanggang hidup-hidup.
Entri kali ini juga berkenaan dengan kekejaman terhadap haiwan iaitu itik dimana menjadi hidangan kepada golongan atasan.
Untuk menghasilkan Foie Gras, angsa atau itik akan dipaksa makan jagung menggunakan tiub logam 12 hingga 18 hari sebelum disembelih.
Hati itik atau angsa ini akan membesar sehingga 6 hingga 10 kali ganda saiz normal.
Selain itu, haiwan ini akan diletak dalam sangkar yang kecil untuk mengelakkan pergerakan yang berlebihan walaupun hanya untuk mengepak sayap.
Oleh kerana cara paksa makan ini keterlaluan menyebabkan itik dan angsa sengsara, muntah-muntah dan berdarah.
Lebih dari sedozen negara telah mengharamkan foie gras terutamanya di negara Eropah, begitu juga di Chicago.Tetapi di Perancis, foie gras telah diisytiharkan sebagai "sebahagian daripada warisan budaya dan gastronomi, dilindungi di Perancis". Sejarah foie gras bermula di Egypt, 2500
HANYA UNTUK MENDAPATKAN MAKANAN INI, BERBALOIKAH? |
KREDIT : BLOGGER INI
1 ulasan:
otak letak kat lutut .
Post a Comment