.

.

Pages

PAKATAN RAKYAT YANG KALUT LEBIH BILA RON 97 NAIK HARGA...PASAIPA?

Wednesday, April 4, 2012

Assalamualaikum...



Harga minyak petrol naik lagi....Terkejut MKT apabila terbaca artikel dari Malaysiakini. Agak kaget juga sebentar tetapi kekagetan tersebut MKT dapat harunginya apabila memahami hanya RON 97 sahaja yang akan dinaikkan sebanyak RM0.10 sen. 

Jadi harga petrol RON 97 dahulunya adalah RM2.80 dinaikkan kepada RM2.90 sahaja.


Pada MKT ianya adalah satu bukti bahawa Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib adalah sebuah kerajaan yang prihatin dan cukup kompromi dalam permasalahan rakyat.

Mengapa MKT menulis sedemikian? Ini adalah kerana RON 97 adalah untuk kegunaan rakyat yang memiliki kereta mewah dan juga untuk kenderaan asing. Ia juga bukannya petrol yang kerap digunakan oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. 

Kebanyakkan stesen minyak baik Petronas mahupun stesen-stesen minyak yang lain juga jarang menjual RON 97 ini. 

Mengapa pihak Pakatan Rakyat hendak mempolitikkan isu ini? Sudah tiada modal ke? Hingga sanggup mencerca dan memaki hamun PM sedangkan yang memprotes itu tidak pernah gunakan hatta sekalipun petrol RON 97 untuk kegunaan kenderaan mereka.

Biasalah...segala kebaikan akan dinafikan manakala kejahatan akan direka demi untuk mengajar rakyat Malaysia agar mebenci Kerajaan yang begitu banyak membantu.

Tak begitu?....

Harga petrol gred RON97 akan naik 10 sen mulai tengah malam ini - meningkat daripada RM2.80 kepada RM2.90 seliter.

Harga baru ini sepadan dengan harga rekod yang ditetapkan pada Mei tahun lepas. Bagaimanapun, harganya turun RM0.10 seliter pada bulan berikutnya.

Persatuan Peniaga petrol Malaysia, Abdul Wahid Bidin mengesahkan ini.

Minggu lepas, kerajaan persekutuan mengumumkan ia telah meningkatkan subsidi petrol RON95 gred - yang paling banyak digunakan di Malaysia - sebanyak 10 sen ekoran harga minyak mentah global yang semakin meningkat.

Ini adalah kerana kerajaan persekutuan berkata ianya penting untuk mengekalkan harga RON95 bagi menghindari tekanan inflasi.

RON95 diperkenalkan pada bulan September 2009, selepas kerajaan persekutuan memutuskan untuk mengapungkan harga RON97 yang disemak setiap bulan.

Kenderaan pendaftaran asing tidak dibenar menggunakan minyak RON95.
sumber Malaysiakini

1 ulasan:

baba melaka said...

Ok le no problem.Aku nak nasihatkan Najib,kalau terpaksa naikkan harga, naikkanlah. jangan takut rakyat marah. bila nak dekat pilihanraya nanti, haaaa TURUNKAN leeee.

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.