.

.

Pages

HENTIKAN FITNAH ATAUPUN HENTIKAN SEBAR KEBENARANNYA?

Wednesday, April 4, 2012


KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta ahli-ahli Umno akar umbi supaya berhenti memfitnahnya kerana beliau tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan mereka.

Anwar berkata, walaupun dirinya dimaki, dihina setiap hari malah pernah dipukul ketika dalam penjara sebelum ini, beliau tetap bersyukur kerana rakyat bijak dan diberi akal untuk menilai.

“Saya di penjara enam tahun, ditelanjang dan dipukul bukannya sebab saya bergaduh dengan orang bawahan Umno tetapi saya hendak bela rakyat dan tidak mahu rasuah berterusan oleh mereka yang menyalahgunakan duit rakyat,” katanya ketika berucap di depan kira-kira 3,000 penyokong di Seksyen 1, Wangsa Maju, malam kelmarin.


Hadir sama, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Penyelaras PKR Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kwee Kwong; Pengerusi DAP Wangsa Maju, Lim Ching How dan Pengarah Pilihan Raya Keadilan Wangsa Maju, Mohammad Hamdi Mohd Said.

Anwar berkata, sekiranya ahli Umno tidak menyokongnya, ia tidak membawa masalah kepadanya tetapi beliau meminta mereka berhenti daripada melemparkan fitnah dan menghina dirinya.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, beliau memberi jaminan bahawa selepas PR memenangi pilihan raya akan datang, dalam tempoh 24 jam tersebut, beliau akan mengumumkan harga minyak akan turun.

Menurutnya, beliau juga turut memberi jaminan setelah menjadi Perdana Menteri, pinjaman Perbadanan Tabung Tinggi Pendidikan Nasional (PTPTN) akan turut diumumkan batal. Manakala pengganggur tegar yang berdaftar akan dibayar saradiri setiap bulan antara RM500.00-RM1000.00.


Assalamualaikum...

Naik meremang bulu roma MKT dan geli geleman apabila terbaca artikel dalam akhbar Sinar Harian berkenaan diatas.

Mahu ketidaknya, DSAI terlupa siapakah sebenarnya bapa rasuah di dalam UMNO dahulu? Siapakah yang mengajar kepada ahli-ahli UMNO tentang politik wang?Apabila sudah terlekat,  ditudingnya pula kepada ahli-ahli UMNO. 

MKT masih menunggu 6 kotak dokumen yang DSAI jaja dari tahun 1998 hingga ke sekarang. Dimanakah janji-janjinya hendak membongkar satu persatu kes rasuah yang berada di dalam kotak-kotak tersebut? Takkan sudah sedekad lebih tiada pun satu pun dokumen rasuah itu yang dikeluarkan olehnya? Entah-entah segala kes rasuah dalam kotak itu adalah kepunyaan dirinya sendiri kot? Sebab itu diam ja hingga sekarang....

Ahli-ahli UMNO tidak pandai memfitnah, mencerca, menista tetapi semuanya mesti dengan bukti. MKT rasa ini bukan fitnah kot apabila MKT persoalkan DIMANAKAH JAM OMEGA? Ini salah satu yang kononnya dikatakan fitnah dari UMNO sedangkan jawapannya masih juga belum dibuktikan oleh DSAI sendiri.

Janji-janji penurunan harga minyak ini, MKT syorkan kepada DSAI agar buktikan terlebih dahulu kepada satu stesen minyak sahaja. Iaitu stesen minyak PETRONAS kepunyaan isteri TGNA. Turunkan harga minyak disitu selama setahun dari sekarang. MKT juga mahu tengok samada stesen itu dapat beroperasi ataupun tidak selepas setahun.Rasanya tentu TGNA tidak akan benarkan sebab TGNA tahu ianya adalah gula-gula pilihanraya sahaja.

Begitu juga dengan PTPTN. Hakikat yang jelas penubuhan institusi ini adalah untuk membantu para mahasiswa/wi dari segi kewangan dan ianya wajib dibayar balik. Jika dibatalkan, Kerajaan akan menanggung bukan sedikit kerugiannya. Ada akalkah DSAI ni?

Adakah dengan tarafnya sebagai Timb. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan melayakkan beliau untuk bersuara sedemikian? Jika benar beliau berkelayakkan, takkanlah beliau sanggup bersetuju untuk membinasakan negara ini dengan me'rekemen'kan Tabung IMF yang sah-sah milik lintah darat Yahudi itu semasa krisis kegawatan ekonomi negara tempohari?

Ini lagi satu, hendak sara pengganggur tegar sebanyak RM500-RM1,000 sebulan? Wow!!...bertambah banyaklah rakyat Malaysia yang akan menjadi manusia malas nanti. Ini pun ada jugak ke dalam manifesto Pakatan Rakyat?

Pada pendapat MKT, jika diberi peluang kepada manusia DSAI ni, percayalah...negara akan lebih cepat muflis daripada yang kita tahu.... 


0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.