Renungkanlah FirmanNya yang bermaksudi :–
Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Ali-Imraan 3:77)
Ee ingin bawakan kembali penipuan Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya dan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sedikit masa lalu dengan menjadikan tarikh 16 September 2008 sebagai tarikh untuk menukar kerajaan BN dengan menggembar-gemburkan kononnya ada antara ahli Parlimen dari kerajaan BN akan melompat parti dan menyertai pakatan pembangkang ibarat 'angan-angan Mat Jenin'.Yang lebih mengelikan hati Ee para pemimpin PAS yang kononnya memperjuangkan Islam ikut bersubahat menipu seluruh rakyat negara, siap dengan dalil2nya yang dibuat khusus agar rakyat mempercayainya dengan harapan para pemimpin BN dan penyokongnya melatah.Yang memeranjatkan Ee apabila Presiden PAS dalam kenyataannya seperti dilaporkan oleh akhbar mengakui mengetahui dan menyokong pembentukan 'Kerajaan 16 September' yang diusahakan oleh Ketua Pembangkang.Apa yang Ee kesalkan Pas yang mendakwa sebuah parti Islam sanggup bersekongkol dan merestui tindakan yang tidak berhemah dan mengikut lunas-lunas demokrasi itu. Paling mendukacitakan, nama Yang di-Pertuan Agong serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digunakan dalam usaha memujuk wakil rakyat BN menyertai pakatan pembangkang.Pada Ee inilah sifat2 kemunafikan mereka yang kononnya bergelar ulama' namun sebenarnya hanya sekadar anjing yang dilatih untuk menyalak bagi menakut-nakutkan rakyat dengan bertopengkan serban,jubah,tasbeh,janggut sejemput dan berdahi hitam kononnya mereka lebih Islam dari Islam lainnya.
Realitinya pada pandangan mata kasar Ee apa yang berlaku terkini..dan yang berlaku hari ini sebaliknya yang berlaku. Tidak ada ahli Parlimen dari BN yang keluar parti untuk menyertai pakatan pembangkang tetapi semakin ramai yang mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi wakil rakyat Bebas datangnya dari pakatan pembangkang, malah dari PKR sendiri menyaksikan begitu ramai pemimpin mereka yang keluar parti kerana dah meluat dengan pembohongan demi pembohongan Anwar Al Juburi.Pada Ee lu buat perangkap..lu yang kena perangkap sendiri..Allah Maha Mengetahui apa yang di langit,di bumi dan yang disembunyikan di dalam hati hamba2nya.Kebenaran terbentang.. Ibarat 'meludah ke langit, terpercik muka sendiri" itulah yang terjadi pada pakatan pembangkang.
Pada pendapat Ee PAS ni sebuah parti yang penuh kepuraan dan dauble standard (kata orang putih..hehehe) jika Dulu mereka kata UMNO tidak boleh bersama Gerakan,MCA dan MIC, tetapi kini kenapa mereka boleh pula bersekutu dengan DAP. Di mana yang mereka kata hendak perjuangkan Islam itu? Sedangkan mereka asyik ikut cakap DAP. Tak berani langsung nak bersuara walau sedikit pun.Pada Ee UMNO walau pun bersama parti lainnya tetap menjadi peneraju yang menerajui kerajaan sehingga berjaya meletakan negara di tempat yang sepatutnya tidak seperti PAS yang sentiasa dibayangi ketakutan diceraikan dik DAP.Tengoklah saja apa yang terjadi di Selangor..Hasan Ali kena pecat sebab memperjuangkan isu murtad,judi dan maksiat dan cuba membetulkan keadaan yang tidak kena dikalangan pemimpin PAS yang ikut telunjuk DAP..kini di Pulau Pinang Tanah tapak masjid pula jadi mangsa kerakusan nafsu jalang DAP menghina Islam...Yang pelik bin Ajaibnya pemimpin PAS hanya mampu senyum melihat Islam dan anak bangsa mereka kena hina..Apa nak jadi?..
Pada pendapat Ee rakyat Malaysia patut menolak PAS yang berjuang semata kerana mengikut nafsu dan sanggup menjadi munafik dengan berbohong sana-sini.Jika dulu mereka menipu kononnya memperjuangakan negara Islam dan hudud.Kini parti PAS ini bukan lagi berlandaskan Al Quran dan sunnah tetapi lebih kepada tujahan nafsu yang begitu kemaruk untuk memerintah.Pada Ee inilah kehendak PAS yang sanggup bersetongkol dengan musuh yang memusuhi kaum seagama dan memperlekehkan Islam secara langsung dan tak langsung..memalukan,menjijikan dan meloyakan.. Inilah Islam PAS seagama dimusuhi,dicaci,difitnah ini semua angkara kegilaan untuk kuasa sehingga sanggup mengadai maruah agama dan bangsa..
Renungkanlah FirmanNya yang bermaksud:–
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
Ee ingin mengingatkan bahawa tindakan Pengerusi DAP pada 4 Nov yang lepas, Karpal Singh menolak hukum hudud dan mendakwa bahawa pelaksanaannya hanya meningkatkan kadar jenayah membuktikan kegagalan PAS menjelaskan hukum Islam kepada rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang.Alangkah bodohnya pemimpin2 PAS yang kononnya dari golongan ulama' apabila Karpal tolak dan mendakwa hudud boleh menyebabkan jenayah meningkat, Pas salahkan orang lain, salahkan UMNO walaupun hakikatnya mereka yang gagal mentarbiyah rakan-rakan mereka daripada pakatan pembangkang untuk memahami Islam.Pemimpin2 PAS begitu angkuh mendabik dada mereka sebelum ini keliling kampung, mendabik dada di hadapan rakyat mengatakan perbezaan mereka dengan UMNO kerana mampu mendidik rakan-rakan yang bukan Islam memahami Islam. Pada Ee apa yang berlaku sekarang?..Mereka pula pemimpin PAS yang ditarbiyyahkan oleh ustaz2 Lim dan Linggam dan yang lebih meloyakan apabila ustazah A.Ambiga peguam murtad Lina Joy tetek besar begitu berjaya mentarbiyyah tok2 lebai PAS untuk menyokong perhimpunan bersih 2.0 dan LBGTsatu ketika dulu.Tahniah!..Sedarlah wahai penyokong PAS bahawa kamu semua telah tertipu oleh pemimpin PAS sejak Puluhan Tahun kononnya nak tubuhkan negara Islam hudud dan sebagainya..Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana dipertunjukannya kepada semua sebaik saja PAS bersekedudukan dengan DAP dan PKR maka tidak ada lagi penubuhan negara Islam dan hudud seperti yang dipersetujui bersama dan lihatlah dalam "Buku Jingga" tidak ada satu pun perkataan Islam apatah lagi menubuhakan negara Islam dan hudud..Percayalah kamu semua kena tipu..
Pada pendapat Ee DAP sebenarnya ialah berfahaman sosialis dan agama bukan keutamaan bagi mereka. Sama seperti PAS yang tidak menjaga dan mempertahan agama Islam mengikut landasan yang betul.PAS akan menghalalkan apa sahaja walaupun ia bertentangan dengan hukum Islam asalkan ia menguntungkan parti mereka.Apa yang Ee nak katakan di sini Janji2 manis pemuka-pemuka syaitan pengkianat agama, bangsa dan negara lebih manis dari madu namun ianya racun yang akan sentiasa bersarang di dada rakyat Malaysia jika ianya berlaku.Janji syaitan sentiasa di benak hati pemimpin-pemimpin PAS dalam pakatan untuk meruntuhkan agama,bangsa dan negara asalkan mereka dapat kuasa pada PRU 13 yang mungkin akan berlaku tidak berapa lama lagi.
nukilan Ee Si Kucing
Pada MKT...no komen. Kerana apa yang trooper ini nukilkan adalah kebenaran yang tidak boleh disangkalkan.
Apa pendapat para pembaca pula?
0 ulasan:
Post a Comment