MKT RASA SELEPAS INI AKAN RAMAI ORANG YANG MULA BERHENTI DARI MINUM AIR BERKARBONAT SETELAH TERBUKTI BAHAWA KETAGIHANNYA BOLEH MEMBAWA MAUT SEPERTI YANG BERLAKU DI NEW ZEALAND.
Minum lapan liter minuman ringan setiap hari membawa padah kepada seorang wanita New Zealand kerana tabiat itu menjadi punca kematiannya disebabkan pengambilan air minuman berkenaan pada kadar itu adalah keterlaluan dan berlebihan.
MANGSA KEADAAN |
Suri rumah dan ibu kepada lapan cahaya mata, Natasha Harris, 30, dari Invercargill, mati akibat serangan jantung pada Februari 2010.
Selepas 'post mortem' didapati tahap toksid terlalu tinggi dalam kafein, unsur rangsangan yang ditemui dalam Coke, mungkin menyumbang kepada kematiannya. Fairfax Media melaporkan pakar patologi, Dr Dan Mornin, memberi keterangan dalam siasatan rasmi kelmarin bahawa wanita itu mungkin mengalami hipokalemia atau kadar potassium rendah disebabkan pengambilan berlebihan Coca Cola dan tabiat pemakanan tidak sihat.
0 ulasan:
Post a Comment