Realiti sebuah kehidupan apabila seorang wanita yang tipis keimanannya sanggup menjual agama demi harga dunia yang sedikit.
Seorang pelakon berketurunan Turki, Sila Sahin yang beraksi dalam keadaan bogel untuk dua belas muka surat majalah Playboy Jerman edisi Mei mengaku dia bukan beragama Islam, lapor sebuah akhbar semalam.
Sila membuat pengakuan itu selepas banyak pihak menganggap dia merupakan gadis Muslim Turki yang pertama berbogel untuk majalah Playboy.
"Ibu bapa saya adalah penduduk Turki dan saya dibesarkan dalam komuniti Islam tetapi saya bukan beragama Islam. Orang ramai membuat andaian bahawa saya beragama Islam.
"Saya tidak faham kenapa masyarakat menggunakan soal agama untuk menentang keputusan saya bergambar dalam majalah Playboy," kata anak tunggal berusia 25 tahun itu.
Aktres itu yang membintangi drama telenovela Jerman, Good Times, Bad Times menjelaskan, bapanya tidak menganuti sebarang agama manakala ibunya seorang wanita Islam yang bertukar kepada agama Kristian.
4 ulasan:
Pemimpin kita pon mengaku islam tak tukar agama dgn duit tapi duit rakyat dibelasah beratus ratus juta...kira sama jer dgn pompuan kat atas tuuu
Bukan semua cuma segelintir shj....dan ia juga bukan sekadar berlaku kpd parti pemerintah shj. Malahan ada juga pemimpin PR pn sama jua...hihihi
setuju ibnu dahlan..pandangan yg bernas
Betul!...macam balun duit memali tu kan??/..nampak je lebai!!
Post a Comment