Rasulullah saw pernah suatu hari telah duduk bersama para sahabat di tempat satu jenazah, maka baginda mendongak ke langit kemudian meletakkan tapak tangan baginda di atas dahi dan baginda berkata:
"Maha Suci Allah yang telah menurunkan suatu yang sangat dahsyat.''
Pada keesokan harinya seorang sahabat telah bertanya kepada baginda:
Baginda bersabda yang bermaksud:
"(Yang turun dahsyat itu) ialah mengenai hutang maka demi diri Muhammad di tangan-Nya (Allah swt) kalaulah seorang itu mati di dalam perang Sabilillah kemudian dihidupkan semula kemudian mati lagi dalam perang Sabilillah, kemudian dihidupkan semula akan tetapi ia ada mempunyai hutang yang belum dibayar maka ia tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga sehinggalah hutangnya itu dibayarkan atau diselesaikan.''
(Riwayat Al-Imam Ahmad)
Sebenarnya pada pendapat MKT, para graduan yang liat hendak membayar PTPTN adalah manusia yang hina. Diberikan peluang oleh Tuhan untuk menimba ilmu, diberi pula peluang oleh Kerajaan untuk meminjam agar meringankan bebanan para ibu bapa pelajar agar tidak tergadai tanah demi pembelajaran anak. Akhirnya apabila anak sudah jadi graduan, bergaji mahal tetapi lupa pula pada tanggungjawab membayar hutang.
Mengikut statistik peminjam PTPTN terdiri dari kalangan bangsa Cina sebanyak 8,000 dan Melayu sebanyak 2,300 dimana bangsa itulah yang paling bermasalah dalam pengajian dan tanggungan kewangan.
Mereka lebih selesa membayar hutang dari Along dari membayar hutang kepada Kerajaan walaupun kadar faedah yang dikenakan oleh Along cukup tinggi.
Mereka lebih selesa tanah tergadai kepada bangsa lain dari hendak menebus kembali. Janji tidak perlu membayar hutang.
Mereka selesa melihat anak bangsa yang sama dengan mereka merempat di bumi sendiri, janji hutang mereka tidak perlu dibayar.
Pinjaman PTPTN adalah pilihan bukannya sesuatu yang wajib. Jika berasa tidak mampu bayar, jangan ambil pinjaman PTPTN.
Janganlah bila diberi peluang, joli sakan membelanjakannya sehingga ada graduan ini yang mampu mebayar muka sebuah kereta mewah.
Pada hakikatnya, mereka tidak mampu dan akhirnya menuntut agar hutang itu dilupuskan. Senang ja, kan?
Dengar ceritanya para-para graduan liat ni akan mengadakan demonstrasi untuk menuntut agar dilupuskan kesemua pinjaman PTPTN. Demo lagi?
Jika Kerajaan mengikut segala tuntutan mereka ini, MKT dan sebahagian besar rakyat Malaysia akan berasa kecewa kerana nampak sangat Kerajaan terlalu memberi muka dan mengajar agar rakyatnya liat hendak membayar hutang!!...
P/S dari MKT : Bangsa Cina yang banyak berhutang tetapi tidak ada pulak Kerajaan hendak pergi lempar cat merah pulak di hadapan rumah mereka untuk minta bayar hutang ...ahaksss...
P/S dari MKT : Bangsa Cina yang banyak berhutang tetapi tidak ada pulak Kerajaan hendak pergi lempar cat merah pulak di hadapan rumah mereka untuk minta bayar hutang ...ahaksss...
0 ulasan:
Post a Comment