.

.

Pages

LAGI PENGHINAAN TERHADAP ISLAM?

Monday, April 16, 2012


Ada lagi bentuk penghinaan terhadap orang-orang Islam. Kali ini dalam bentuk hiburan. Sebelum ini, MKT pernah siarkan satu entri mengenai penghinaan terhadap Kaabah di New York. Kali ini ianya berlaku di Sepanyol.

Siapa pemilik disko di Sepanyol yang menyerupai masjid dengan nama La Meca? Ternyata dia seorang bekas penjaga gol Real Madrid, Santiago Canizares.
MECA SEMASA SIANGNYA
La Meca merupakan disko yang paling popular di kota pesisir Aguila, di Murcia, Sepanyol, pada 1980-an dan 90-an sebelum ditutup satu dekad lalu. Kemudian disko ini kembali dibuka pada 18 Jun 2010 dengan nama yang sama, sehingga mengundang kontroversi di kalangan umat muslim di negara tersebut.
MECA SEMASA MALAMNYA
Kontroversi tersebut semakin besar setelah hacker masuk ke website disko tersebut, kemudian memposting videonya. Tentu saja hal tersebut akan mengancam peperangan besar antara Sepanyol dan orang-orang Islam di seluruh dunia, jika tempat tersebut tidak mengganti namanya.
INILAH YANG BERLAKU DIDALAM LA MECA
Akibat kontroversi tersebut, akhirnya ketua perisik memperingatkan pemilik disko Santiago Canizares. Kerana disaat ini mereka menjadi target ekstremis muslim yang menganggap disko tersebut telah menghina agama Islam.
Sebelum ini badan perisik Sepanyol, National Intelligence Centre, telahpun  memberi amaran kepada pemiliknya akan ancaman yang dilakukan secara online yang dilakukan oleh umat Muslim moderat Sepanyol yang meminta supaya nama disko tersebut diubah.
Ketua Federasi Islam Sepanyol Mohamed Ali, mengatakan bahawa Mekah merupakan tempat suci orang Islam, dan tempat Nabi Muhammad menerima kitab suci Al-quran.
“Menggunakan nama La Meca untuk memanggil tempat yang digunakan untuk menari dan minum, itu menghina perasaan umat Islam ,” katanya.“Padahal umat Islam selalu peka terhadap perasaan bukan Muslim,” ujarnya.

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.